Kau cakap bahasa alien ke?

Assalamualaikum..
Apa khabar kengkawan sekalian?Sihatkah anda semua?Well,lepas hari esok,bebas la aku dari segala presentation yang ada. YEAH!!!!!Tak sabar nak tunggu hari esok berakhir.Tolong la cepat sikit.=.="

The main thing is not about presentation,but about the topic above.Mesti korang pernah dengar bahasa-bahasa alien ni.Tipu la kalau tak pernah.Aku selalu dengar dan baca kat facebook tu. Contohnye;

"awak2,kitew nak gule-gule shatu boley x?"
"xshukew la awak buat camni..menci taw.."
"bushuk la u ni.."
"tadi kan titew jatuh longkang..cakit aw.."
"gewam aw tgk cter tu.."
"campai ati u wat i camni..cdeyh aw.."

Oke.Stop it fyqa.Aku baca sendiri pon rasa loya-loya.Pada pendapat aku,ini merupakan bahasa baru yang wujud dalam kamus hidup aku.Bukan kamus dewannya.And i guest,kamus dewan takkan terima bahasa-bahasa macam ni.Trust me.^^

Aku sebenarnya geli and mual bila dengar orang cakap camni dan bila baca status-status kat FB yang macam ni.Bagi aku,ni adalah bahasa alien.Aku ulang,ALIEN!Event kawan aku sendiri pon kata nak muntah bila dengar.Ada setangah orang buat macam tu sebab bagi dia mungkin nampak manja and comel.But bagi aku,itu gedik namanya.Gedik tak sedar diri.

Sory la pada sapa-sapa yang terasa.Tapi aku rasa la kan,hanya yang gedik-gedik je buat macam tu.Kalau tersasul tu tak pe.Tapi ni memang jenis-jenis alien.Cakap bahasa alien.Lau nak gedik pon,gedik bertempat oke.Tak semua orang suka kau buat macam tu.^^


Itu sahaja untuk hari ni.
Sekian..
Jangan lupa LIKE taw..=)



24 Disember

Assalamualaikum.

Selamat Hari Lahir yg ke-??

Maaf da lupe umur berapa..

Semoga papa tenang disana..

~Al-fatihah~

Sekian.

Respect the others,PLEASE!

Asslamualaikum.
Hai gadis ayu dan jejaka kacak sekalian.Apa khabar semua?Macam dj radio plak.Oke,back to the topic.Selama ni mungkin kita tak sedar dalam kehidupan seharian kita ada masa yang kita tak respect orang secara tak sengaja. Sebagai contoh menyampuk secara tiba-tiba;

A : Kau ada video menari-nari tak?
B : Kau nak ke?Jap aku p amek....
Nah,video menari-nari~
A : Jap2,bagi aku tengok dulu..

Tiba-tiba.........

C : B,da siap da modeling semalam,aku nak tengok la.
A : hmm..B..
C : cepatla B,aku nak cepat ni..

Dan si C pon terus la bercakap dengan B tanpa sedar si A ni terlebih dahulu bercakap dengan si B ni.Ade yang tak paham dengan situasi diatas?Aku pon tak tahu la nak terangkan macam mana.Mungkin korg penah mengalami tapi tak sedar sebab benda nie mungkin perkara remeh bagi korang.Mungkin remeh jugak bagi aku.Tapi depends jugak.Ada setengah orang menyampuk dengan cara yang sopan.Tu aku boleh terima.Tapi ade setengah orang yang tak tau nak beradab main masok je line orang lain.Kalau mintak maaf tak pe jugak.Nie tidak.Pastu boleh plak blah camtu je. Macam kawan aku cakap,
"Memang sial la kalau macam tu.Orang takde adab memang macam tu.."

Tu salah satu contoh.Banyak je lagi hal pasal respect ni.Please respect other people privacy life.Tu pon kena consider jugak.Ni masing-masing boleh fikir sendiri.tak semua cerita orang akan bagitau kita.Depends pada diri orang tu juga.Kalau dia tak nak cerita or etc,kita tak boleh paksa dia jugak.Tu life dia,Privacy dia.agree with me?XD 
Tak lupa jugak untuk pengguna jalan raya.Respect la pemandu-pemandu yang lain.Jangan ikut sedap je drive.And please la,kalau lalu kat laluan zebra tu,tak boleh ke kalau korang stop bila nampak ada orang nak lintas?Yes,aku salah seorang pengguna laluan zebra tersebut.Kadang-kadang tu,aku yang terpaksa berhenti berjalan untuk tunggu kete tu lalu.Suppose mereka yang stop.Not us.Lau da tau ade laluan zebra kat situ,slow kan la kereta or motor kau tu.Tau la korg ade transport,aku tak de.So what?Ada aku kesah?!

Lagi satu,RESPECT OTHER DECISION.Kalau orang tu da wat keputusan camtu,ko tak payah la susah-susah nak menidakkan.And,tolongla jangan sekali-kali buat andaian sendiri or dengan lebih tepat lagi,MEMANDAI-MANDAI.Perangai tu sangat annoying oke.Stick to one decision!

Tu je yang aku nak luahkan untuk malam minggu ni.Happy weekends ladies and gentlemen!
Sekian.

Jangan lupa LIKE taw..=)

Wordless Wednesday #15

Assalamualaikum.



The work that have been submit and will be submit.XD
Sekian.
Jangan lupa LIKE taw..=)

Makan Hati Boleh Kurus?

Assalamualaikum.
Ola kawan-kawan yang jelita dan tampan. Sejak busy ni, probability untuk makan dengan banyak sangat tinggi. Sebab apa? Berikut adalah sebab-sebabnya;


  1. Stress/Tension;
  2. Memerlukan tenaga untuk berfikir;
  3. Duduk dalam tempat yang sejuk (library,pusat komp n etc);
  4. Lapar;
  5. Saje-saje nak makan;
Untuk sebab-sebab lain ak tak tau la plak. Beberapa minggu yang lepas, ada la sorg kawan aku ni. Dulu badan dia comel-comel. Sekarang, pergh,SLIM seyh.So, mereka-mereka pon tanya dia camne ley kurus. Dan dia jawab;
"Makan hati je.Nanti kurus la...."
Oo..begitu rupanya nak kurus.Now i know kenapa aku kurus. Banyak sangat makan hati ni. Bukan hati haiwan tu. Tapi hati sendiri. Makan hati dengan keadaan orang sekeliling. Dan ini adalah salah satu sebab selera makan akan hilang. *sesuka hati je*

Sebenarnya, susah jugak la kalau asyik makan hati je ni. Yela. Makan hati means kita pendam perasaan kita. Takde sape tau ape yang kita rasa, dan perasaan kita. Betulkan aku kalau aku salah. Aku pulak memang jenis pendam. Takde sape pon penah berjaya tau ape yang aku pendam kan. Sebab, bila aku tak dapat nak tahan, hanya air mata je dapat berkata-kata. Tu je ubat yang ade. XD
[credit to iluvrachel.tumblr]
So,sape-sape yang rasa badan tu da tembun,ley la makan hati lau rase nak kurus. ;)
Sekian.

p/s::kawan aku yang ligamen kaki dia terkoyak tu da balik hostel.
Cepat sembuh kawan XD
Jgn lupa LIKE taw..=)

Alhamdulillah ;)

Assalamualaikum..
Hai kawan-kawan yang kacak dan jelita.Haa,sejak aku letak status macam ni kat facebook,ramai yang like.Memang kawan-kawan aku kacak dan jelita.Setiap orang kan ada kecantikan dorg yang tersendiri. Tapi aku kagum la dengan sesetengah orang ni. Walaupun cantik, dorg tetap rendah diri. Walaupun kaya tapi tak bangga. Walaupun pandai, tapi tak kedekut ilmu.XD

Tapi,yang aku peliknye, kenapa masih ada lagi yang tak bersyukur dengan apa yang ada? Ok la. Aku ni pon bukan la baik sgt. Kadang-kadang tu ada jugak  perkara yang aku terlepas cakap. Tapi pastu mesti aku fikir balik.*proses kematangan*.
Bersyukur la dengan ape yang ada skarang ni. Walaupun aku kurus, tapi aku bersyukur sebab xde penyakit. Walaupun tu ada keinginan nak membesarkan badan. Manusia zaman sekarang nie mudah lupa bila da senang. Tu la ujian yang Allah bagi kat kita. Bila da susah,barulah ingat nak bersyukur. Walaupun aku xbape nak pandai, tapi bersyukur sebab dapat masuk u.:)

Tak kisah la apa yang berlaku,pasti ada hikmahnya.Tu je yang selalu aku fikir. Aku da dua kali accident. Tapi rasa bersyukur sangat-sangat sebab yang teruk kereta dan bukan aku. Nasib baik la bukan aku yang masuk hospital. XD
Sekian.
p/s::kekeringan idea =.="
Jgn lupa LIKE taw..=)

Kegilaan Assignment

Assalamualaikum..

Lama tak mngupdate belog ni. Sorry la tak sempat nak blogwalking pada sape-sape yang datang melawat. Banyak keje sangat. Diri sendiri pon kadang-kadang tak terurus. Hari jumaat hari tu, kami beramai-ramai buat perkampungan kat pusat komputer utem. Ini lah padah wat keje last minit. Masing-masing da tension. Dari pagi smpai petang dok lam 'freezer' tu. Aku sampai pakai baju 3 lapis. Sebab sejuk sangat. Kekurangan lemak. So,sape-sape yg nk bagi lemak sikit kat aku, dipersilakan la yer.>.<



Tengok la muka masing-masing. Sebab da bosan ngadap pc n lappy, ktorg decide utk tgkp gmbr. Konon-konon tension la.*padahal ade yg marah-marah n nangis*.Dahsyat kan keje last minit ni. Tu la kisah nye wat assignment. Banyak lagi assignment yg menanti untuk dibuat. Sabar la yer wahai assgnmet2 sekalian. Nanti i pegi kat you.kui3

Sekian.

p/s:SALAM MAAL HIJRAH BUAT SEMUA UMAT ISLAM.
Jangan lupa LIKE taw.=)

Perlu Ke Begitu?

Assalamualaikum..
Salam Aidiladha untuk semua umat Islam di Malaysia :D
Amacam korban hari ni?Ada baik ka?Bape ekor lembu/kerbau/kambing/unta da tumbang??Semoga memberi seribu satu erti kepada kita raya haji tahun ni.Maafla sebab da lama tak mengupdate belog 'comel' nie..kui3.

Sejak sambung belajar balik ni,banyak sangat keje nak kena buat. Bukan keje je,makan angin pon sama. Da sampai ke Johor aku kali ni sebab pegi majlis kahwin dan buat kerja kat sana.Macam bisneswoman lak. oke,back to the topic.

Apa yang aku cuba sampaikan melalui tajuk diatas adalah......jeng3..sebelum tu aku bagi situasi.

A : Semalam ko pegi mana?
B : Eermm..aku kluar pegi sana.
A : ko kuar dengan sape?
B : Aku kuar dengan dia.
A : Ko balik kul bpe semalm?
B : Perlu ke aku bagitau sume bnda kat ko???stop asking me!

Nampak tak situasi tu?Ini bukan situasi antara parents dengan anak or siblings dengan siblings or pakwe dengan makwe.But ini antara kawan dengan kawan. Agak-agak korg rasa annoying tak kalau ada antara kawan-kawan korang yang sikapnya macam A?Aku tak kesah kalau kawan aku just tanya aku pegi mana and kuar dengan sape. Atleast kalau ada emergency,dorang tahu aku kat mana and dengan siapa.Tapi tak perlu la kan sampai tanya kuar pkul bape,balik kul bape,beli ape, and so on.

Ya,aku tahu sesetengah orang tu caring.Tapi tak perlu sampai macam tu sekali.Tak semua orang selesa dengan cara begitu. Event we're bestfriend,but please don't be annoying.Takut lama-lama nanti orang tak tahan dengan sikap yang macam tu. Well,as i said,tak salah nak jadi macam tu.Tapi berpada-pada la sikit. Tak payah la nak jaga tepi kain orang sangat.Kain sendiri ada.Takde kain,seluar pon boleh kan. :)

Kawan adalah yang paling dekat dengan kita bila kita jauh dari keluarga.Jangan sampai kawan pon annoying dengan perangai yang mengarut macam tu.
Sekian..
p/s:harap yang membaca tak terluka:D
Jangan lupa LIKE taw..:)

Wordless Wednesday #12





Location::dalam kereta,Jusco Tebrau,Kluang RailCoffee
Date::14-16 Oktober

Sekian..

Jangan lupa LIKE taw..=)




Rumah Melaka

Assalamualaikum..
Baru-baru nie,kumpulan aku da mulakan kajian pasal Rumah Melayu Melaka untuk HE(Hubungan Etnik).Balik jew dari Kelana Jaya, rest kejap, pastu terus follow dorg pegi Pengkalan Batu.Lama da aku kat Melaka nie.Pengkalan Batu pon tak tau katne.Maklumla,kalau balik Melaka,kat Sungai Udang jew la.Nak kluar pon g Pantai Putri,MP ngan DP.

Rumah Melayu Melaka nie asalnya dari Jawa Timur.Tu yang owner rumah tu cakap la.Rumah yang ktorg pegi tu pon da berusia 105 tahun.


Ni la rumah kat Pengkalan Batu tu.Luar dalam memang cantik.Puas hati la datang sini.Rumah Melaka nie lain dari yang lain sebab tangga rumah nie adalah tangga batu dengan jubin yang macam-macam kaler.


Ada 4 ciri dalam rumah nie.Serambi,beranda,tiang seri dan dinding.Tiang seri merupakan asas dalam pembinaan rumah Melaka.Kalau takde tiang seri,takde la rumah ni.Pakcik tu kate,tiang seri ade penuggu yang jaga.Betul ke x,tu yang kter xtau.



Rumah Melaka memang kaya dengan seni ukiran.Tengok je la ukiran dalam gambar kat atas.Berseni sungguh.Next tempat yang ktorg akn pegi mgkin Muzium Melaka.Wait and see jew la plan mereka nie.


[Nak jugak letak >.<]


Sekian..
Jangan lupa LIKE taw..=)

Love::Pandang Pertama??

Assalamualaikum..

Pandang pertama.Apa yang korang tau pasal pandang pertama nie??Dulu aku percaya la jugak cinta pandang pertama.Tapi,bila da lama-lama,aku rasa benda tu macam nonsence.Sebabnya,aku banyak sangat baca novel cintan + tengok drama.Bukan ratu air mata oke.

Sejak Jumaat lepas,aku dengan Neng asyik sembang pasal pandang pertama jew.Bila ingat balik,buat aku nak gelak sangat-sangat.Event pada aku cinta pandang pertama tu karut,tapi the other me cakap,pandang pertama tu sweet.Sangat sweet.*sebab tu asyik kene ggt nyamuk je*

"Pandang pertama bermaksud, seseorang lelaki atau wanita yang secara kebetulan terserepak dengan pasangan yang belum pernah kenal. Apabila dikatakan cinta pandang pertama, bererti hasil pertemuan yang tidak terancang itu sudah ada bibit cinta antara kedua, rasa cinta mula berputik di hati. Pada pertemuan itu mereka mungkin tidak sempat berkata-kata, tetapi sudah tersimpan dalam hati bahawa “dia sesuai untuk aku.”"
dari artikel "Cinta Pandang Pertama Membawa Bahagia" 

Memang ada setengah orang percaya "Love at the FIRST SIGHT".Tak salah pon nak percaya.Ada tu yang masih menunggu atau mencari cinta pandang pertama dorang.Kat mana-mana pon boley jumpa.Kat bus stop,pondok telefon,kafe,kedai buku n etc.

Cinta pandang pertama adalah kerana daya tarikkan seseorg atau lebihsenang dipanggil X-Factor…
Korang percaya ke cinta pandang pertama nie???
Sekian..

p/s::
cuti 3 hari memang buat aku banyak buang masa..=.="

Jangan lupa LIKE taw..=) 

Konsert Jamban

Assalamualaikum..
Lama tak update blog.Nak kata bz,tak de la sangat.Banyak buang masa ada la.Lagipon takde idea nk post pasal apa.Minggu nie takde la bz sangat.Tapi ada 1 hari tu aku tido pukul 5.Bukan 5 petang,tapi 5 pagi.Sebab dok pkir ayat untuk wat proposal.Tapi tak siap jugak.Itulah nite life aku n 2 suara yang lain.

Waktu malam ktorg akan dimulakan dengan konsert xbrape nak trbuka kat bilik Neng ngan vector.Nama pon da tukar jadi nama artis.


Lagu feveret op coz la lagu beribu sesalan.Memang penuh perasaan la klau nyanyi lagu ni.Nama pon konsert.Setiap malam mesti buat konsert sambil wat keje.Takde la ktorg bosan + ngantok.Sebab mesti ada part2 yang ktorg gelak gler2.Tu yang keje pon separuh2 jew siap.Memandangkan cuti 3hari,so,konsert pon cuti la.Sebab sorg balik umah.Tak jadi 3 suara la klau sorang xde.Tak cukup orang.Takde feel nanti aku nak nyanyi.



Oke.Done.Nak sambung tengok anime lagi.Daa~~
Sekian..

Jangan lupa LIKE taw..=)

Sudah Tiba Masanya

Assalamualaikum..

Sudah tiba masanya..
Untuk aku lupakan kau..
Oke.Aku merapu sekarang ni.Maklumla,kelas 4 hari seminggu,cuti lak 3 hari seminggu.Memang banyak masa untuk merapu dan merapu.Main point entry nie adalah....moving on..

Yeap.Aku mesti maju kehadapan tanpa ingat perkara-perkara yang lepas.Makin aku ingat,makin aku sedih dan berharap.Aku da tak sanggup nak hidup dalam bayang-bayang lagi.Mungkin orang cakap aku gembira bila dengan dia.But in fact,perasaan gementar tu still ada.

Aku memang bahagia sekarang.Bahagia + gembira.Tapi aku bahagia sebab aku sentiasa ingat kenangan yang lepas.Aku selalu cerita benda yang sama berulang-ulang.Aku tak bosan.Sebab aku bahagia.Tapi aku rasa,makin aku buat macam tu,makin aku ingat kat dia.So,as conclusion,i need to stop thinking about the memory between us.Memang tak banyak.Tapi tak banyak tu sangat bermakna.


Kalau ada jodoh tu,takkan ke mana...(^_^*)v
Betul tak??kui3..Kawan-kawan sudah.Nanti 'kakak' aku yang sorang tu bising lak.Nak lupakan seseorang tak payah ikut aturan.Let go with the flow.Bak kata MG la.So,i'm ready to do it!Insyallah,Allah sentiasa ada di sisi..
Ya Allah,kuatkanlah hatiku ini..Aku memohon kepadamu kekuatan agar hati ini tidak lagi lalai darimu...-amin-

Sekian~
 p/s::
maaf pada sape2 yang terasa yer.
(^_^*)v peace..

Jangan lupa LIKE taw..=)

Pada Senyummu

Assalamualaikum..
Hari yang agak tak tau nak watpe.Ngadap laptop nie jewla.Bukak maya pastu wat ntah pape.Fed up,tutup maya.Giler r.Maya..maya..Nape la ko wat aku camni???Takpe la,baru minggu pertama.Minggu depan insyallah oke.Amin~

Sebab bosan jugak nak kongsi lagu yang ada dalam belog nie.Masa first time dengar da trtarik dengan lagu nie.Best.Tapi maafla,tak pernah dengar pon nama group ni.T_T


Apa diingatkan
Pada masa yang lalu
Cuba kau lihat
Tenungi mataku
Terungkap beribu lagu
Hanyalah untuk mu
Tiada yang lain lagi

Pada senyum
Pada tawa mu kasih
Ada kebahagiaan ku
Warna hidup ini
Andai wajahmu tak ku sua kembali
Kabarkan oh angin
Hidupku tiada bererti Berikan resah mu 
Kan ku bawa nun jauh
Dapat kau lihat pemandangan itu
Tersimpan seribu satu rahsia tiada lagi
Berputar putar berguling riang ketawa
Bernyanyi merdu sungguh
Pada senyum mu 
Radiostar::Pada senyummu
Esok kelas pagi dari kul 9-1 n 4-6.Malam lak training.Harap takde orang tegur muka aku pucat lagi..=.="
Sekian~~

p/s::
background ngan header baru~~:)
Jangan lupa LIKE taw..=)

Cinta Dua Hati

Assalamulaikum..
Hari yang sedikit bosan sebab 24hours dalam rumah.Nak kongsi lagu dari Afgan.Suara dia merdu.Cair gadis-gadis kat luar tu kalau dengar suara dia.=)

 
"Maaf bila kau terluka,kerna ku jatuh di dua hati..."
Lagu dia agak jiwang.Tapi still best..
Sekian..
p/s:
Harap animation brjln dgn lncar..amin~~

Jangan Lupa LIKE taw..=) 

First Week!

Assalamualaikum..
Hampir berakhir minggu yang pertama.Hari ni cuti.Hari Malaysia.Sape tak tau,sila angkat kening.Rumah aku pon sunyi.Sebab balik.Yang sorang tu g Dataran Merdeka.Yang lagi 2orang ada kot dalam bilik.Aku ngan Yan2 memang penghuni yang setia kat rumah ni.Maklumla,rumah jauh.Lau dari sini ke Perak 10  minit,da lama aku ngan Yan2 balik.Tapi,apa kan daya.Duit ptptn pon tak masok lagi.Kad bank pon tak renew lagi.=.="

Minggu depan klas da full.Mesti semua kelas 2jam.Bukan macam minggu pertama.Boleh enjoy-enjoy lagi.Tapi minggu pertama pon ada jew lecturer da start mengajar.Aku rasa seronok lak sem ni.Event jam kredit lebih 1,tapi seronok.



Agak seronok dengan jadual sem nie.Jumaat aku free.Banyak la free.Tapi kena study lebih-lebih.Sebab subjek kali ni lagi complicated dari dulu.Walaupun subjek and lecture semua best-best,tapi bila time lab aku lost sikit.Kena pick up cepat.*kui3*

Fyi,aku sekarang tinggal kat D'Apartment.Besar sangat-sangat.1 blok tu ada 4 tingkat dan 4 rumah jew.Sekarang ada 3 blok.So ada 16 rumah jew.


Ni ruang tamu.Sila abaikan hanger tu.Kerusi ada 3.Kat cnie jugakla tempat sidai baju lau hujan.=)


Sinki ada 4.Bilik air pon 4.Cuma kecik sikit.Kat luar ada 3 blik air.1 lagi dalam bilik.Bukan bilik aku la.


Meja makan untuk 8 orang.Penuh makanan atas meja tu.Mostly of coz la biskut raya yang konker.Kalau takde meja makan,mesti luas giler.Ley guling-guling cam dalam citer hindustan.ahaks!


Bilik pertama.Bilik aku.Bersepah giler.Nampak jew kemas tu.Besar la jugak.Nak letak meja study pon boley.Tapi malas nak angkut masuk dalam.Mana tau tiba-tiba aku tukar fikiran lak lepas ni nak masukkan meja study tu.Bilik ni pon da penoh ngan beg-beg kosong ngan Yan2.

Masa first day g klas,tengok memang rmai sangat junior.Masa aku mula-mula masuk dulu takde ramai cmtu.Sampai kafe pon setiap masa penuh.Nak lepak cam dulu pon susah.Lagipon,still lagi ada konflik dalaman.Konflik yang orang luar tak nampak semestinya.=)

Minggu pertama memang indah.Semua berjalan dengan lancar.Alhamdulillah.Latihan silat pon da mula.Semalam jumpa senior.Lama tak jumpa dia.Siap belanja makan lagi.hehe.Terima kasih la yer.Murah rezeki nanti.

Petang kang nak g raya lak ngan membe silat.Raya tak habis lagi.Btw,Happy Nation Day guys!Rasa cam nak g Dataran Merdeka plak.Tapi memang tak dapat ler kan.hehe..GTG
Sekian..

Jangan lupa LIKE taw..=)

Wordless Wednesday #9

Assalamualaikum..


Dicuri dari tumblr aku sendiri..kui3
Sekian...

p/s::
alangkah bahagianye stiap minggu seperti minggu pertama...

Jangan lupa LIKE taw..=)

Drama Sebabak #2

Assalamualaikum..
Kejadian berlaku masa nak masak megi goreng+sosej yg dipotong kecik-kecik.

Aku:Aaaarrgghhh!!!!
Adik:Kenapa?kenapa?
Aku:Hah,xde pape.Ade lipas nak masuk lam periuk megi tu tadi.
Adik:Yeke??
Aku:Iyer.Betul.*aku tipu*
Adik:Tipula.Kalau ada lipas mesti kakak da lari pegi depan.
Aku:Eh,tu kau,bukan aku.Cakap orang pulak..=.="
Adik:Adik kadang-kadang jew takot dengan lipas..lalalalala~~

hahaha..Sengal punya adik.Ada ke patut cakap camtu.Padahal dia kalau jumpa lipas,lari lagi laju dari aku.Ak sampai depan tv jew,dia konpem2 sampai pintu depan.Paling-paling pon aku panjat atas kabinet tu kalau jumpa lipas.=.="
Moral of the story,sila bunuh lipas!
[sumber google]
Sekian...
Jangan lupa LIKE taw..=)

Semester Baru ^^

Assalamualaikum..
Selamat hari Jumaat.Siang tadi aku ada la blog walk kat blog kawan-kawan aku.Masing-masing cerita tentang semester baru yang akan datang.Isnin minggu depan da start kelas.Tak ley da nak bangun pkul 11 pagi.Tapi tetap tido pukul 3-4 pagi.Sebab buat assignment last minit.Berubah la fyqa oi~

Semester 3 memang mencabar(kot).Sebabnya aku ambik 19 jam kredit.Terlebih suda.Memang pening la sebab sem nie kena ambik Bengkel 1.Ntah ape la aku nak wat untuk bengkel nie.Senior-senior,sila bantu junior mu ini.T.T


Nampak x?Kat situ jumlah kredit terkumpul 16.Tapi tak masok lagi Bengkel 1.So,akan jadi 19.Dua subjek jew yg 2 jam kredit.Tu pon subjek wajib.Jadual pon da keluar.Agak seronok la jadual sem ni.Sebab hari jumaat holiday.Harap-harap takde la tukar-tukar jadual lagi.Jadual kali ni seronok.Hostel pon da tau kat mana.Cuma jalan nak ke sana jew tak tau.Dorang cakap apartment tu paling best.Sebab besar.Aku tengok gambat pon memang besar la.1 rumah 8 orang.Besar la tu dari TTU3 ngan Bunga Raya.

Harap sem ni lebih baik dari sem-sem lepas.Btw,welcome to junior UTeM,FTMK and especially junior BITM.Mesti ramai direct entry kali ni.=)
Tak lupa jugak ahli-ahli silat.Semoga persembahan malam ni takde cacat cela.Buat yang terbaik!
Sekian..

p/s::
sape ade buku CCT??hari ahad da daftar.Sangat malas nak balik sana.

Jangan lupa LIKE taw..=)

Amico

Assalamualaikum..(dgn nada sprti prof.Izzi)
Apa itu 'AMICO'???Bukan sejenis makanan.Bukan juga sejenis mainan,drama atau nama orang.
-'AMICO' means 'Friend' or in Malay 'Kawan' or 'Sahabat'-
Masa sekolah dulu,memang ramai kawan.Entry raya sebelum nie,dalam gambar tu semua kawan sekolah rendah.Diulang,KAWAN SEKOLAH RENDAH.Bila dicongak,tolak,tambah,darab dan bahagi,ktorg da kenal hampir 10tahun!!!Sangat lama.Tu satu pencapaian la sebab still contact each other walaupon belajar kat tempat yang berlainan.Aku memang suka flashback balik zaman-zaman kaca mata ni.

Kenal mereka-mereka nie masa sekolah rendah lagi.Ada tu dari tadika.Pastu masuk sekolah menengah.Tapi most of us pindah sekolah masa form 4.Masing-masing dapat tawaran belajar.Alhamdulillah.Walaupun aku tinggal kan sekolah menengah tu da lama,tapi kawan,tetap kawan.Event cikgu Math pon ingat aku lagi.=)


Semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila.Harap dapat la tengok kawan-kawan aku nie kawen nt.kui3



Pape pon,selamat pulang ke U masing-masing.Yang keje tu,keje elok-elok.Bakal-bakal cikgu,ajar anak murid anda elok.





Sekian..
p/s::
xley tdo..@_@
blog aku ada dalam entry blog SBK..

Jangan lupa LIKE taw..=)




Wordless Wednesday #8

Assalamualaikum..
Morning uols..

*study again*
Minggu dpn da start kelas..=)
Sekian..
p/s::
bila boleh tau kolej kediaman???

Jangan lupa LIKE taw..=)

It's Raya!!!

Assalamualaikum..
Setelah didesak,dipuji,dan sebagainya,akhirnya.....
Cikgu upload jgk gambar time g raya kat facebook.Terima Kasih Cikgu Manis.Walaupon gune kamera digital,tu da cukup bagi kenangan kat aku dan mereka-mereka yang lain.Kan kawan-kawan???=)

Operasi Jalan-Jalan Raya telah dimulakan pada hari Jumaat yang lepas iaitu tanggal 4 Syawal.Macam pembaca berita lak aku nie.Takde bakat tu xyah la nak poyo-poyo sangat.Main yoyo lagi best~~

Jumaat,2 Sept 2011
Setelah membuat keputusan secara mengejut,ktorg pon decide la nak kuar lepas zohor.Sementara tunggu Mira datang,sempat la jugak bergurau senda dengan Arissa.Kata pukul 2.Datang 2.30 ptg.Adoii.Berpeluh aku tunggu.Mula-mula ingat dia sorang jew.Pastu tengok lam kete ada lagi sorang.Lama betol tak jumpa dorang ni.Kawan sekolah rendah+sekolah menengah nie.Rumah pertama yang nak diserang rumah Azni.Ya ampun,aku salah masuk rumah kot.Malunye.Nasib baik lepas pagar jew.Lau masuk sampai dalam rumah mesti malu gler.Nasib baik Yuzwan panggil.Kalau tak,tak tau nak nyorok mana muka.=.="
Antara manusia yang datang rumah Azni.Homaigod,asal mata aku camtu???aaarrrggghh!!!

Next rumah Dila.Makan mihun tomyam kot.Aku pon da lupa.Banyak sangat makan.Kali ni tak salah rumah.Alhamdulillah.Sebab kalau nak g mana-mana mesti kumpul rumah dia.Aku pon tak tau kenapa rumah dia jadi tempat brkumpul.

Lama la jgk la lepaking kt umah dila.Pastu g umah Cahaya Harum lak.Mesti plekkan asal panggil nama Cahaya Harum?Tu nama fb jew.Nama sebnar Rean.Kat umah dia ktorg wat kecoh.Macam mesyuarat da.Macam-macam sembang.Dari sarang semut sampai simpulan kasih.Tak lupa juga sarang burung.



Memang seksa sikit naik moto pakai baju kurung.Seksa dan seksi.Pasnie xnk da naik moto pkai baju kurung.Next house is Mai.Kat cnie lak mintak resipe begedil.=.="


Ayu-ayu semuanya.Sesat lak mamat ni sorang.Pas raya umah Mai,raya umah Anis plak.Jauh perjalanan kali ni.Last rumah untuk hari tu.5 rumah dalam 1 hari.Makan dan minum jew la.Senak perut aku.


Fyi,hari tu adalah hari terakhir Mira kat Ipoh.Sedey ckit la.Ley baca Entry Khas..=)

Sabtu,3 Sept 2011
Macam biasa,kluar pukul 2 lagi.Memang tak pakai da baju kurung.Insap.sob3.
Sebabkan Mira da pergi perlis,Irda yang amik.Opcoz naik moto.Wahi ajak datang umah.Sampai-sampai xde orang lagi.Kami orang pertama.Layan cter hindustan.Khusyuk lak tu tengok.Da ktorg yang sampai dulu,mak Wahi soh ktorg makan dulu.Nak tunggu yang lain lambat lagi.Ktorg da abz makan baru dorang sampai.Ramai lak jejaka-jejaka yang datang.


Malas nak amek gmbar yang laen.Jejaka-jejaka pemalu.Aku pon plek.Selalu gadis-gadis yang pemalu.=.="
Da kenyang,g umah Irda plak.Makan ckit jew.Tengok tv yang lebey.Satu-satunya umah yang pergi dan dapat duet raya.Umah laen pergi xdapt pon duit raya.Time kasih kakak kepada Irda.Pastu g umah Syazana lak.Jejaka-jejaka da ilang.Katenya g GM.Raya kat sana mungkin.Tiba-tiba jew selera aku datang.Sedap kot mee rebus tu.Aku tak sure ape nama mee tu..=.="


Berselera betul orang sebelah aku tu.Bagos-bagos.Last house is Aini's house.Kali nie kami sesat.Dddeemm!!
Orang bagi alamat taknak salin.Kan da sesat.Nasib baik ade nom.Biler call rupa-rupanya dia da pindah umah.Ddeemm lg skali.Da sampai kat kawasan perumahan tu,tak jumpa lorong plak.Hampir nak balik jew ktorg.Dengan berkat usaha,akhirnya jumpa jugak umah dia.*bangga*
Penat mencari,kiranya umah dia tmpat rehat skjp la.Sebab lepastu nak balik.Penat kot.

Ahad,4 Sept 2011
Yang nie spesel ckit.Sebab ktorg raya kat jusco.Orang raya g umah orang.Ktorg raya kat jusco.Dan semestinya nak tengok Hantu Bonceng.Best sangat.Walaupun ada scene yg wat aku trkejut sampai menjerit sikit.*malu*

Yang xley bla tu,orang depan aku tu,anak dia konsi sit.Kesian lak aku tengok anak dia tu.Walaupun klaka.Gelak-gelak ktorg kat blakang.Yela.Satu sit tu kongsi 2 orang.Alahai.Kira seludup jugak la kan???


Abiz da cerita raya untuk minggu lepas.Nak pergi umah Nani.Tapi tak tau bler.Korang..jom la pegi umah Nani.sob3
Sekian..

p/s::
Minggu terakhir di Ipoh..xde mud nak balik..

Jangan lupa LIKE taw..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...