Drama Sebabak

Assalamualaikum..
Disebuah rumah di melaka..
Kejadian berlaku selepas berbuka puasa.Buka puasa terakhir.Ada yang masih makan,ada juga yang baru nak makan.Maklumla,ada kepala ikan.Yang tua-tua jew la makan kepala ikan tu.

Aku:Fifi,tolong akak kemas pinggan mangkuk ni.
Fifi:Oke.
Uncle:*menunggu giliran untuk cuci pinggan*
Azim:Rajin3..cepat r kak.
Aku:Letak jew situ.Nanti akak basuh.Jangan lupa buang sampah.
Uncle:Buang sampah tu Azim.
Aku n Fifi:Buang sampah tu.Adoiii..=.="

Azim pon amek bakul sampah dan ikat plastik sampah tu.

Aku:Eh,ko nak buat apa nie??
Azim:Buang sampah la.Nak watpe lagi.
Aku:La,orang suruh buang sampah yang ada dalam pinggan nie.Bukan buang sampah tu.
Azim:Tadi uncle suruh buang sampah.
Fifi:Maksud dia buang sampah kedalam bakul sampah la..
Azim:ooo..yeke..hehehe..

Kalau cakap tu biar semua orang paham.Kesian sape-sape yang tertipu.Maaf la yer.Gurau-gurau jew.
Sekian..

p/s::
Xde keje ari nie.Raya kedua da buhsan..huhu

Jangan lupa LIKE taw..=)

Wordless Wednesday #7

Assalamualaikum..



Raya Merdeka o Merdeka Raya???
Sekian..

Jangan lupa LIKE taw..=)

Syawal 1432

Assalamualaikum..
Yang pertama sekali,aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua kenalan,sahabat-sahabat blogger,rakan-rakan,ahli keluarga dan semua umat Islam diseluruh dunia.Ingat lagi tak entry pasal ALONE??sila abaikan entry tu.Bila baca balik,rasa macam nak gelak guling-guling jew.=.="

Semalam,last day puasa,my mom buat keputusan on the spot untuk balik kampung.Diulang,BALIK KAMPUNG.Dalam hati ni tuhan jewla tahu perasaan time tu.Ingatkan orang-orang kat kampung tahu la ktorg nak balik.Rupa-rupanya mak ak xbagi tahu dorg pon.Surprise la konon.Alhamdulillah la jalan tak jam kat Seremban.Sempat sampai sebelum waktu berbuka.Seronok berbuka kat rumah nenek kalau ramai-ramai.Macam-macam ragam ada.Dapat lepas rindu kat Cha.hehehe

Walaupun lauk tak banyak,tapi meriah tu still ada.Tapi aku rasa cam kurang orang jew.Sebab selalu penoh rumah nenek.Oke,abaikan yang tu.Lepas buka,kemas-kemas pinggan mangkuk n solat,masa untuk kemas rumah.Cha pon tolong jugak.Aku tak sure apa yang dia cuba buat sebenarnya.Rumah takkan kemas kalau mak aku tak balik.Tu memang keje mak aku la.Hias-hias rumah nie memang dia suka.Susunan perabot pon diubah.Maklumla,sofa rumah nenek bertambah.Langsir-langsir pon tukar.Masing-masing sibuk la mengemas.

Seperti malam-malam raya sebelum nie,ktorg akan buat takbir raya.Semua ahli keluarga akan berkumpul and takbir sama.Sebelum tu baca yasin dulu.Pastu baru takbir.Ahli keluarga jewla yg ada.Dulu-dulu orang masjid datang takbir rumah ke rumah.Tapi sejak beberapa tahun lepas,dah takde.Sebab tu ktorg buat sendiri-sendiri.Operasi mengemas stop sekejap sebab takbir kat ruang tamu rumah nenek.Habis takbir rumah nenek,takbir rumah mak lang plak.

Masa untuk mencari tempat tdo yang sesuai.Dalam bilik lak takde kipas.Terpaksa la aku ngan kezen aku tdo luar.Tapi malangnya aku lak xley tdo.Macam-macam bunyi ade.Hampir hilang sabar jugakla.=.="
Ktorg bangun pukul 6 pagi.Awal giler bangun.Bese la,nak siap-siap lagi,nak hidang makanan lagi.Pagi-pagi dapat MMS dari abang aku.


Abang aku raya rumah mertua dia.Anak sedara sapa la nie.hahaha..
Sebelum pergi sembahyang raya,takbir lagi sekali.Semua berkumpul kat ruang tamu and takbir ramai-ramai.Pastu macam bese,mintak maaf,salam-salam.Duit raya lepas solat yer.Alhamdulillah.Tahun ketiga aku dapat pergi sembahyang raya dengan nenek.Tapi tahun nie bertambah lak pengikut.Selalu aku pergi ngan nenek jew.(^_^)

Lama plak orang tu baca khutbah.Bape banyak kali mnguap pon aku tak tahu la.Balik jew rumah budak-budak semua sibuk mintak duit raya.Siap mintak kat aku lagi.Adoii,bila masa plak aku ade duet nak bagi budak-budak nie.Yang bestnye,aku takyah mintak pon,orang da bagi.Dah 20 tahun pon orang bagi duit raya lagi.Syok Habis!!!Ada sampul tu aku bukak ade RM50.Terkejut jugakla.Adik aku pon kumpul duit tak sampai 50 hengget.Aku senang-senang jew dapat.Jangan jeles yer Gemok..

Pukul 11 pagi ktorg da gerak balik ipoh.Mak aku keje.Dapat another MMS from my brother..


*antik*.Atau cantik dalam bahasa melayu nye.Comelnye anak buah aku yang sorang nie.Dia memang giler kerepek.Feveret beliau adalah makan kerepek.Esok baru dia balik Ipoh.Otw balik singgah makan kat restoran jejantan jejantas Sungai Buloh.



Sajew nak show off kasut.Beli bersama Irdawati Sirat.Tukang pilih jugak.Cepat balik yer Irda.Minggu depan da nak masok u balik.Seminggu jew lagi masa kita bersama.Macam kapel plak.kui3..
Oke,tu jew nak story mory untuk raya pertama nie.Sekejap tapi memberi banyak memori.


Sekian..

Jangan lupa LIKE taw..=)

Gema Takbir

Assalamualaikum..
Hari last puasa.Tapi mood raya takde.Maklumla,sahur sorang-sorang sambil tengok halaqah sentuhan qalbu.Sentap aku tengok cerita tu.Memang banyak pengajaran.Esok ada lagi.Edisi lebaran tak silap aku.Insyallah aku tengok.


Cepat-cepat la masa berlalu.Maksud aku bukan nak cepat masuk sem baru.Tapi cepatlah raya kedua.Nak jumpa Cha.Rindu bangat.Semoga Raya tahun ni memberi kenangan manis buat anda semua.
Sekian..

ALONE

Assalamualaikum..
Hari terakhir bersahur,berpuasa dan berbuka.T.T
Sedih sebab ramadan da nak habis.Sedih jugak sebab tak raya kat kampung.Dan sedih jugak kerana sorang-sorang.Wa manyak sedey lo~~

Siang tadi,adik aku buat keputusan nak ikut pak sedara aku balik kampung.Macam-macam aku cakap kat dia.Ingatkan berjaya.Malang sungguh.Bertekad btol McD nak balik Melaka.

Gemok..smpai ati hang tggl kakak sorg2 kat umah...sob3

Sedih tengok dia berlalu pergi.Sampai ati hang.Tinggal aku.Taknak bagi duet raya kat hang.Tapi kalau pak sedara dan mak sedara yang bagi duet raya untuk kakak,hang jangan kata hang punya plak.Simpan elok-elok duet aku tu.

Raya tahun nie raya kat Perak je.Setelah 5 tahun berturut-turut raya kat Melaka,tahun nie raya kat Perak jew.Takda rezeki nak balik gamaknya.Bukan xnak balik.Tapi pikirkan mak sorg-sorg lak nanti.Walaupon hakikatnye aku raya sorang-sorang kat rumah tahun nie.Sunyi je McD takde.=.="


Takpela.Anggap jew la aku raya kat overseas.Kat UK misalnya.Apa aku nak buat pagi raya nanti??Apa lak aku nak wat malam raya nanti?Seorang diri dirumah,amek mknn,dok depan tv.Layan cerita best kat tv.Tak lupa jugak susu strawberry ducthlady.Nak wat cupcake n biskut pon malas.Tukang gaul takde.=.="


Gambar raya tahun lepas.Ramai gilak family aku.Tahun nie takde penambahan family lagi.Raya kedua bersama Arissa aka Cha.Alolo tomeynye~~

Mintak-mintak banyak la duit raya McD dapat.Boleh la share ngan aku sikit.Sharing is caring.
Sekian..

p/s:
Sahur sorg???

Jangan lupa LIKE taw..=)

Ramadan Terakhir

Assalamualaikum..

Ramadan terakhir.Tajuk samarinda kat tv3.Kawan aku cakap cerita tu best.Banyak bagi pengajaran kat kita.Ada la sikit-sikit aku tgk cerita tu.Tak follow pon.Tadi aku ada baca status sorang clasmate aku nie.


Hari ni,hari jumaat terakhir dalam bulan ramadan.*sedih sekejap*
Da nak habis da bulan ramadan.Rasa sekejap plak.Banyak tak amalan bulan puasa yang anda-anda semua buat??ke banyak habiskan duit untuk raya??takpe.Faham,raya kan setahun sekali.Selalu kita dengar ungkapan tu.Tapi jarang pulak aku dengar;
Ramadan setahun sekali..
Sape pernah dengar ungkapan tu??Kalau ada tu,bagosla.Ada jugak orang ingat ramadan nie setahun sekali.Kita tak raya setahun sekali taw.Kita raya 2kali setahun.Raya korban tu bukan raya ke??=)
 Sementara ada masa lagi ni,marilah kita sama-sama banyakkan ibadah.Aku nak kongsi ayat dari kawan aku ni...
Tanda Allah itu kasih,Dia beri kita nyawa.Bukti Allah itu sayang,diberi mu nafas.Tanda Allah itu maha menyintai,diberi kita keampunan dan pintu taubat yang tiada pernah tertutup selagi kita masih bernyawa dan bernafas..
Andai ini ramadan yang terakhir,layakkah kita menyambut aidilfitri??
Fikir-fikirkan la dan selamat beramal~~
Sekian..
p/s:
adik xjd blk kg..yes!!

Jangan lupa LIKE taw..=) 

Spontaneous Thursday

Assalamualaikum..
Setiap mesti ade fantasi mereka yg trsendiri.Termasuk la aku.Sebab banyak sangat tengok kartun Disney.Fairytale la konon2.


I hope i got a magic power like Harry Potter.=)
Sekian..

p/s:
Aku xpaham dengan perangai orang nie
nak kawan buat cara kawan oke.

Jangan lupa LIKE taw..=)



Wordless Wednesday #6

Assalamualaikum..
Minggu depan insyallah raya..

Dia memang super hensem.Hensem kuasa 100.cke3.Eh,salah gambar.


Nie baru betul.Selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang mngenali diri.Maaf Zahir dan Batin..=)
Tulus ikhlas dari saya,Fyqa Federeka.

Sekian..
p/s:
Henry Golding memg hensem+cute.Walaupon aku suka lelaki specky,
tapi dapat cam Henry pon oke gak..kui3

Jangan lupa LIKE taw..=)


Patah Seribu

Assalamualaikum..



Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku

Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu

oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan

Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah

Sometimes I forget that  I'm not supposed to love you anymore..
Sekian..
Jangan lupa LIKE taw..=)

Happy Giveaway by Si Budak Kurus

Assalamualaikum..
Tiba-tiba rasa cam nak join contest yang cik Lieya bg kat aku.Oke.Aku join buat pertama kalinya.


Nie contest yang aku join.Kalau nak tau syarat2 dia,korg boley la ke blog beliau iaitu Si Budak Kurus..
Saja-saja nak join jew.Mana tau ada rezeki.Rezeki hari raya kan.Belog dia pon cantik.Aku suka..=)

Oke la.Chow dulu..
Sekian..

p/s:
Hadiah dy menarik..tu yang rse cam nk join..kui3

Jangan lupa LIKE taw..=)



Cinta dan Benci

Assalamualaikum..
Pernah dengar x lagu nie??

"Sungguh aku tak bisa,sampai kapan pon tak bisa,membenci diri mu sesungguhnya aku tak mampu....."
Waaa..sedapnya suara aku.Eh,bukan.Suara penyanyi nie sedap.Lirik dia pon best.Semalam aku sembang kencang dengan 'kak long' aku.Bukan kak long macam citer KL Gangster tu.Tu abang long.Nie kak long aka yang paling tua masa kat matrik dulu.Sebab tu panggil dia kak long.Aku suka luahkan perasaan kat dia.Time-time cuti memang ktorg salu ym.Hobi diwaktu malam.Ym aku pon da cantik.Teruja giler sampai wat test lagi.

Aku ngadu la kat kak long nie psl 1 benda.Aku pon xtau npe aku asyik pikir mende nie.Otak aku da xbetul agaknya.=.="

Da story sume,kak long pon keluarkan la hujah-hujah dia.Wow..impresive.Betul ke??pape jew la.Kak long ade pesan;
"Kalau sayang tu ada lagi,jangan sesekali cakap benci.."
Lebih kurang la.Aku pon xhengat sgt apa yg cakap semalam.Semalam jugak aku ade post sesuatu kat fb.Pasal ape yang kak long aku cakap tu.Siap ade org copy lagi ayat tu.hahaha.Tapi terbalik lak cik Irda nie post kat aku..=.="


Sepanjang aku hidup 20 tahun ni,tak pernah lagi benci orang.Bukan senang nak benci orang.Takat tak suka tu ada la.Aku nak tau gak rasa benci orang tu macam mana.Mungkin sebab hati aku lembut macam kapas bak kata eka la.Lembut sangat ke??

Tak elok kita sesama manusia nie saling membenci.Bukan dapat paedah pon.Kalau dapat duit nak gak aku benci orang.Dan,jangan la kita buat orang bengang atau marah.Cuba kalau orang tu buat kat kita,mesti kita rasa yang sama kan.Tak elok la camnie.Takyah nak 'hot' kan keadaan yang 'cool'.Bukan dapat ape pon.Dapat sakit hati ada la.Kang tak pasal-pasal kena heart attack tak pon darah tinggi.Trust me,berbaik-baik la kita sesama manusia nie.=)
 "Buat baik berpada-pada,buat jahat sekali sekala..."XD
Sekian..

p/s:
aku menyampah betul klau org dok cari pasal ngan org laen..
Mind ur own business!!

Jangan lupa LIKE taw..=)

Gadis dan Gitar

Assalamualaikum..
Salam hari khamis..

Sejak akhir-akhir ni,aku terperasan la kat utube banyak sangat gadis-gadis yang menyanyi sambil bermain gitar ala-ala Najwa Latif.Fenomena ini dimulakan dengan Yuna.Yuna dikenali dengan lagu Yang Sebenarnya.


Lepas Yuna,muncul pula Ana Rafalli.Muka seakan-akan gadis kacukan.Bila ditanya,dia akan menjawab;

"Saya takda kacuk mana-mana.Saya melayu betul."

Lebih kurang la ayat dia tu.Kalau korang perasan,kat gitar dia ada nama.Of course la nama dia.Takkan nama orang lain pulak.Lagu dia yang aku suka Tolong Ingatkan Aku.Mendalam maksudnya.Ada Zahilril Adzim dalam video clip dia..=)


Tak lupa jugak cik Najwa Latif.Baru je 16 tahun.Tapi suara dia memang sedap.Macam-macam lagu yang dia nyanyi kat youtube tu.Dan lagu yang wat dia pemes opcoz lagu Cinta Muka Buku.Bagi aku lagu tu cute.Mungkin sebab dia pon adik-adik lagikan.



Nie baru 3 orang.Yang dikenali la.Belum lagi yang bukan artis.Maksud yang saja-saja post video kat youtube tu.Ramai yang ada bakat sebenarnya.Untung mereka.Pandai nyanyi,pandai lak maen gitar.Muka pon ley tahan.Cantik.Semalam aku ada jumpa 1 video kat wall kawan aku.Lagu gadis itu sendiri.Not bad la.



Nie la orang-orang yang berbakat.Rupa da ada.Tinggal nak di'show off' kan jew.Betul x??kui3
Aku suka tengok perempuan maen gitar.Dorang nampak HEBAT dimata aku.
Tu jew nak kongsi..
Sekian..
Jgn lupa LIKE taw..=)


Wordless Wednesday #5

Assalamualaikum..
Salam Nuzul al-Quran..=)

Jom baca Quran

Sekian..

p/s:
Hari ni negeri Perak cuti.Cuti Nuzul al-Quran.=)

Jgn lupa LIKE taw..=)

Cahaya Seluruh Alam

Assalamualaikum..
Nak kongsi lagu yang aku baru dengar hari rabu lepas.Macam best.Sebab tu nak kongsi..=)


Ya Nabi Salam ‘alaika
Ya Rasul Salam ‘alaika
Ya Habib Salam ‘alaika
Solawatullah ‘alaika
Cahaya telah menerangi
Ke seluruh penjuru alam
Setelah kelahiran
Nabi junjungan yang mulia
Lafaz dan ucapan salam
Bagimu wahai Baginda
Sollallahu ‘alaihi wa sallam
Ya Nabi Salam ‘alaika
Ya Rasul Salam ‘alaika
Ya Habib Salam ‘alaika
Solawatullah ‘alaika
Sollallah ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alaihi wa sallam
Sollallah ‘ala Muhammad
Sollallahu ‘alaihi wa sallam
Pujian dan kerinduan
Kaulah pembawa kebenaran
Selawat yang berpanjangan
Tanda cinta yang takkan hilang
Kaulah Rasul yang terpilih
Terpuji dan sungguh pengasih (oooh.. pengasih)
Ya Nabi Salam ‘alaika
Ya Rasul Salam ‘alaika (oooh.. Mustofa)
Ya Habib Salam ‘alaika (oooh.. cahaya yang wujud)
Solawatullah ‘alaika
Sollallah ‘ala Muhammad (oooh.. cahaya yang wujud)
Sollallahu ‘alaihi wa sallam (oooh.. yang turun kepada)
Sollallah ‘ala Muhammad (kita ummah.. ya Mustofa)
Sollallahu ‘alaihi wa sallam
Kau bagaikan cahaya bulan purnama
Kekasih yang mulia sungguh sempurna
(oooh.. cahaya seluruh alamku)
Ya Nabi Salam ‘alaika
Ya Rasul Salam ‘alaika
Ya Habib Salam ‘alaika (Ya Habibi)
Solawatullah ‘alaika (Ya Rasul)
Solawatullah ‘alaika
Sollallah ‘ala Muhammad
(ku perlukan bimbingan darimu)
Sollallahu ‘alaihi wa sallam
(ku perlukan syafaat darimu)
Sollallah ‘ala Muhammad (Muhammad)
Sollallahu ‘alaihi wa sallam (Nabiyallah)
Ya Nabi Salam ‘alaika
Ya Rasul Salam ‘alaika
Ya Habib Salam ‘alaika (aku rindu padamu)
Solawatullah ‘alaika
(sambutlah salam dan rindu dalam hatiku)

Sumber::http://rapidrnc.com/lirik-lagu-cahaya-seluruh-alam-al-mawlid/

Sekian..

p/s:
Besar sungguh kuasa Allah itu.
Bersyukurlah kita masih dilindungi lagi dari melakukan perkara yang tak elok.

Jangan lupa LIKE taw..=) 

Chip..Chip..Chocolate Chip..


Assalamualaikum..

Selamat berhujung minggu untuk yang bercuti.



Hari nie telah Berjaya buat 1 lagi misi memasak iaitu buat biskut coklat cip.Takde la susah mana.Tapi iman kena kuat la.Maklumla buat pon time bulan puasa.Siang-siang plak tu…huhuhu..Pagi ktorg pergi GIANT beli barang nak buat biskut.Seronok3.Sampai Giant usha-usha baju kurung,tudung,brooch dan yang sama waktu dengannya.Raya kan xlama lagi.Banyak la baju-baju raya orang jual.Tambahan lak hari ni hari sabtu.Majoriti orang cuti hari ni.

Ktorg pon cari la bahan-bahan yang perlu.Sebelum balik tu,aku terserempak ngan cikgu math aku masa form1 sampai form3.Last aku jumpa dia time form3 la.Pastu tak jumpa da sebab dia tukar skolah.Tu la cikgu yang memang betol2 push aku untuk subject math sampai la aku dapat A masa PMR.Memang betul-betul berbudi la dengan cikgu tu.I love u teacher.
Back to the topic.Sampai je rumah aku,ktorg lepak-lepak dulu sambil makan kuaci.Oke.Kami puasa k.Tu tipu jew.hahaha.Da rest baru start buat.Kali nie takde teka-teka da macam masa buat kek coklat n cheese kek.Sebab aku Berjaya jumpa penimbang tu.So,senang la keje ktorg.Tak yah da nak gaul pakai senduk.Guna yang pemutar tu jew.Bukan pemutar skru.Kalau tak,sampai buka tak siap la biskut ktorg tu.Dengan sabar ktorg buat biskut tu.Tahan nafsu kot.huhuhu.

Sebelum dimasukkan ke dalam oven..=)
Macam-macam ade.Kecik,besar,tebal,leper,semua ada.Tangan pon ada 8.Memang macam-macam bentuk la ada.Tapi seronok!!!Selepas beberapa minit berlalu;

Aku:Da masak ke ek??
Kawan:Eh,da masak la!!
Aku:Angkat-angkat.Letak atas meja.

Perasaan ktorg waktu tu satu jew.
TERUJA!!!!

Selepas keluar dari oven..(^_^*)/
Sape tak teruja kalau first time buat sendiri.Kalau sebelum buat dengan family,skarang buat sendiri.Lepas nie buat biskut raya sendiri lagi.Walaupon trend skrg orang beli jew,apa salahnya masak sendiri kan.Lagi jimat.Sedap pulak tu.kui3

Sepanjang cuti 4 bulan nie,3 kali da ktorg msk sama-sama.Lepas nie ntah bler plak nak masak dengan korang lagi.T.T
Sekian..
p/s:
Lepas ni nak masak untuk berbuka pulak..kui3

Jangan lupa LIKE taw..=)

Merokok::Sunnah Iblis??


Assalamualaikum..

Selamat hari Jumaat.Dah masuk 12 hari kita berpuasa.Alhamdulillah.Masih dalam keadaan baik.

Seperti tajuk entry kali nie,aku nak kongsi la dengan korang macam mana boleh merokok tu jadi sunnah iblis.Aku pon baru dapat tau hal ni.Dari sorang kawan aku la.Mula-mula terkejut jugak.Tapi yang macam kita tahu,merokok kan membahayakan kesihatan.
  **********************************************************************************
Pada zaman Nabi Nuh,masa banjir besar berlaku.Masa dalam bahtera tu,Nabi Nuh ada Nampak seseorang ni duduk dekat kerusi sambil hisap sesuatu yang macam rokok.Jadi,Nabi Nuh pergi la dekat orang tu dan tanya;

Nabi Nuh::Siapa kamu?
Iblis::Aku iblis.Dan sesiapa yang ikut apa yang aku buat sekarang maka dia adalah pengikut sunahku.

**********************************************************************************
Aku rasa,fatwa da keluarkan yang rokok ni diharamkan.Tapi biasalah,mana la ada orang nak dengar.Last-last,bia macam tu jew.Lagi pon,merokok bukan bahayakan kesihatan orang yang merokok tu jew.Tapi orang sekeliling pon dapat tempiasnya.Kalau nak bunuh diri,jangan babitkan orang lain.



Sekian..

p/s:
Jangan la merokok.Merosakkan alam jew..=.="

Jangan lupa LIKE taw..=)

Header::Coming Soon

Assalamualaikum..
Penat belajar buat header.First time tu buat.Alhamdulillah jadi juga.Tapi sekarang tak nak letak lagi.Nak tunjuk je.hahahha..


Simple jew.Baru belajar kan.Takpe,nanti nak buat yang lain pulak.Da reti buatkan.=)

Sekian..
p/s:
Sebarang komen amatlah dihargai..

Jangan lupa LIKE taw..=)


Antara Niat dan Cara::Betulkah Kita???

Assalamualaikum..=)
Mulakan tengah malam anda dengan ceria.Oke.Sila tido Nur Afiqah oi.Nanti nak bangun sahur lagi.Sahur tu kan pahala.

Malam-malam la baru nak aktif.Siang-siang tak nak.Sibuk dok depan tv tengok telenovela tu.hahaha=p

Baru je kejap tadi aku chat dengan kawan aku kat fb.Aku pun tak tau kenapa terdetik hati aku nak tanya dia soalan nie;

**********************************************************************************

Aku:Ko pernah bercinta??
Dia:(pelik)..tiba-tiba jew tanya soalan tu.
Aku:Takde la.Saja tanya.

Dan dia pon menceritakan cerita yang aku tak pernah pon terlintas dalam fikiran nak ambil tahu pasal benda ni.Tapi da tanya kan.Takkan tak nak tau jawapan pulak.Macam cerita tergantung jew.Tak best.Dari apa yang dia cerita,aku dapat simpulkan dia malas untuk bercinta.Bukannya tak hensem,rupa ada.Baik tu,aku tak pasti.hahaha.Maaf.=)

Rupa-rupanya 4tahun yang lepas merupakan yang pertama dan terakhir(mungkin) dia bercinta.Atau lebih tepat lagi COUPLE atau bak kata aznizam azizan dalam blog beliau iaitu KAPAL.Gelak-gelak aku baca entry dia tu.

Apa yang aku nak story ni mungkin ada bersangkut paut dengan entry sebelum ni-->klik sini
Tapi entry kali ni lebih kepada niat dan cara kita dalam sesuatu hubungan.Seperti yang aku katakan dalam entry sebelum nie,yang haram tetap akan haram.Tapi manusia nie,biasa la.Nak ikut trend katanya.Orang ada makwe/pakwe,dia pon nak jugak.Orang buat *****,tu pon nak ikut jugak.Last-last masuk berita.

"Bayi ditemui didalam semak"

What the!!!Hey,kata moden,da pandai buat tu pandai la tanggung.Baby tu tak salah taw.Yang salah orang yang buat tu.Da la berzina tu dosa,pastu buang baby lak.Tambah lagi satu dosa.Ni ke masyarakat yang kita nak?Ni ke pemimpin masa depan kita??Bala-bala~~

Back to the topic.Jauh sangat da aku merapu nie.=.="
Maaf.Masuk balik part kawan aku tadi.Macam-macam dia cakap pasal couple nie;

Dia:Kapel nie sbnrnya byk keburukan sebenarnya.Kalau nak dilistkan,memang banyak sangat berbanding kebaikan.
Aku:Macam kawan aku cakap,kapel ni melalaikan jew
Dia:Kalau diikutkan,kapel nie just kawan jew.Just kita declare orang tu sayang kita dan kita sayang orang tu.Tapi orang selalu lupa bila apa hak makwe/pakwe.Bila da start macam suami/isteri,tu yang rosak jadinya.
Dia:Lebih kurang macam tu la.Kapel nie da jadi adat sebenarnya.Sebelum kawen kena kapel dulu.Nak kenal hati budi masing-masing.Kawan pon boley pe.

That's it.Memang banyak yang dia merapu sebenarnya.
Well,dalam kes-kes macam ni,kita kena betulkan niat.For example,korang suka kat seseorang.Let it be a boy like a girl.So,yang boy ni suppose betulkan niat dia.Apa tujuan sebenar dia.Katakan la boy ni memang sayang sangat dengan girl ni n dia nak girl ni jadi wife dia.So,boy ni kena la ada niat untuk memperisterikan girl tersebut.Bukannya niat nak mainkan hati dan perasaan girl tu.Ingat,girl bukan boneka yang korang suka-suka hati jew nak mainkan perasaan.Cara pon kena la betul.Ni x.Kata calon wife.Tapi buat macam-macam.Bak kata kawan aku nie;

"Matlamat tak menghalalkan cara,Cara tak menghalalkan matlamat"

Macam kapel kan niat baik,tapi cara kapel tu salah.Berapa pasangan sangat la yang konon-konon ikut cara Islam.Kalau betul-betul ikut cara Islam ni,KAHWIN je kiah oi



**********************************************************************************
Maaf kalau ada yang tak berapa suka dengan perkara-perkara diatas.Aku akui,bukan aku tak pernah terjebak dalam hal-hal macam ni.Tapi alhamdulillah,aku sedar yang jalan yang aku ambil tu salah.Mungkin aku bukanlah baik sangat.Tapi setiap orang ada kelemahannya yang tersendiri.Kalau aku salah,betulkan k.(^_^*)

Sekian..

p/s:
sepatutnya dipostkan pada jam 3.00 pagi yang lepas..
TQ kepada yang berkenaan.Aku tak nak sebut nama kau takut nanti kau riak..=)

Jangan lupa LIKE taw..=)

Wordless Wednesday #4

Assalamualaikum..


Jangan lupa tengok cerita ni kat tv9.Setiap Rabu dan Khamis jam 6.30 petang.
Banyak pengajaran yang boleh kita dapat.

p/s:
mouse kesayangan aku rosak...
ddeeenngg!!!
Aku nak yang macam tu gak..T_T

Jangan lupa LIKE taw..=)

Pintu Magic =)

Assalamualaikum..
Kepada orang-orang yang aku rindui,balas la rindu aku tu balik.~hahhahaha~

Aku tak pasti macam mana aku boleh ingat lagi cerita sedangkan dah setahun aku menuntut di UTeM.Cerita yang agak kelakar.Bagi yang mengalami,mungkin ini merupakan pengalaman pahit anda.Mungkin pengalaman yang melucukan.hehehe..

Story nie tentang clasmate aku.Seorang jejaka 'tampan' di mata gadis-gadis yang suci pemikirannya.Tampan kah beliau???Dia sendiri pon tak pasti yang dia nie tampan atau pon tidak.Walau ditanya banyak kali;

Lecture:'R',do u think u're handsome boy?
'R':.........eerrr....i'm not sure miss.

Dialog diatas telah membuktikan apa yang aku katakan sebelum nie.Bagi kami yang lain,boleh la kot hensemnya.~hehehehe~
Kadang-kadang aku rasa rapat dengan dia.Bukan sebab dia banyak mulut.Mungkin aku selalu menceritakan perihal hidup aku kepadanya.Walaupun tak banyak yang dia nasihat,tapi bagi aku itu sudah memadai.Bukan senang nak tengok dia bagi nasihat kat orang.Rambut ala-ala the beatles,muka iras-iras radhi OAG,mulut plak aku rasa ada emas dan berlian kat dalam tu.



Kadang-kadang tu aku rasa macam dia nie perempuan.eerr..bukan sebab dia lembut.Tapi rambut dia tu.Panjang.Mungkin sama panjang dengan rambut aku.Selalu jugak la aku membebel pasal rambut dia.Ntah-ntah ade spider dalam rambut dia.~hahahhaa~

**********************************************************************************
Kalau diingat balik,tempat berkumpulnya keluarga BITM nie selalu kat kafe.Kat situ la tempat melepak,tempat makan dan minum,tempat nak buat discussion,tempat membuat homework dan yang sama waktu dengannya.Macam takde tempat lain jew nak wat keje.Bukan nya UTeM tu takde library.Ade,besar plak tu.Cuma yang lelaki nie alergik dengan library.Kata mereka la.

Kat kafe nie la macam-macam agenda berlaku.Dari penglihatan serta pemerhatian aku la kan,kat sini la jugak tempat kapel-kapel bertemu dan melepaskan nafsu rindu.Dan yang aku tak boleh lupa sampai sekarang adalah pintu kat kafe tu.Aku rasa pintu tu ada kuasa magik.Nak dijadikan cerita,satu hari nie,ktorg dok la melepak kat kafe.Pastu agak-agak da time klas nak start,sume la pack-pack barang masing-masing.Nak pegi kelas kan.

Aku:Mane 'R'???
Kawan:Macam biasa la,toilet.
Aku:ooooooo...

So ktorg pon tunggu la.Ada yang da jalan dulu.Taknak duduk depan sekali n belakang sekali.Normal la tu.'R' pon keluar dari toilet dengan gaya jalan 'chopstick' bak kata kawan aku la.Dengan semangatnya dia jalan.Tiba-tiba...

"bbbbaaaannnggg!!!!"

Semua yang ada kat luar kafe tu pandang belakang.Terkejut.Ingat kan pintu kaca tu pecah.Rupa-rupanya si 'R' ni langgar pintu tu.Melekat plak tu muka dia kat pintu tu.Masa tu memang gelak kaw2 punya.

'R':Aku tak pakai spek.Mana aku perasan.

Lepas je kejadian si 'R' nie,ramai plak orang-orang yang datang kafe tu dan menerima nasib yang sama macam 'R.Kalau orang tak ramai ok la.Takde la malu sangat.Kalau ramai,tambah lak langgar pintu tu kuat-kuat,memang orang-orang dalam kafe tu diam n gelak.Pernah je jadi cam tu.Tak silap aku mamat tu siap zikir lagi masa langgar.Tiba-tiba plak kafe yang tadi bising jadi senyap.Setakat ni yang ak nampak 3 orang jew la.Patutnya rakam.Yang clasmate aku lagi sorang tu sengal sikit.Masa tu dia kelam kabut.Nak keluar dari kafe tu dia terlanggar pintu.Pastu jatuh terduduk.Memang aku terkejut dan gelak.Pastu boleh plak datang kat tempat ktorg lepak tadi.Nasib baik la dekat.=.="

**********************************************************************************


Lebih kurang macam nie la pintu kaca tu.Kalau nampak dari jauh,macam takde pape je.Semoga sem3 nanti takde la peristiwa yang ntah pape nie...~kuikuikui~
Sekian..

p/s:
sorry pada sape2 yang terasa.cerita nie bukan rekaan semata.
memory yang hendak dikongsi bersama..
untuk En 'R' ,aku bangga jadi kawan kau..hehehe..

Jangan lupa LIKE taw..=)


Langsir dan 'E'

Assalamualaikum..

Selamat pagi.Ola.Good Morning.

Aku tak pasti kenapa aku dok la ingat kejadian-kejadian yang berlaku waktu sem1 dan sem2.Bukan seperti tragedi oktober yer.And aku masih seperti hari-hari sebelum ini.Masih merindu.Iya.Aku rindu kan dia.Rindu yang amat sangat.Tapi aku chill jew la event kadang-kadang tu menitiskan air mata.Tak rock r klau orang tau aku nangis walaupun mereka tau aku memang ratu air mata.Tapi tak seperti Mg Socrazy bcoz she is crazy.Yep.She just said just now that life is fun if u have a dirty mind.For me this statement had shown that her mind is dirty.Thats why I call her crazy.I'm sorry Mg.Just for fun k..

Ok.Enough the merapu part.Apa yang aku nak kongsi hari nie adalah kisah salah seorang housemate aku.Dalam 2 cerita sebelum nie dia ada muncul.Tapi bukan sebagai watak utama.Setelah didesak,diugut dan bermacam lagi,aku pon decide la nak story pasal hang kebun sorang nie.kui3

Sebenarnya aku pun baru ingat cerita nie semalam.Itu pon dia yang ingatkan.Al-maklumla,nak suruh aku story punya pasal.hahahaa.Maap bro.Dia bukan seorang lelaki.Tapi dalam pandangan lelaki dia adalah lelaki.Eeerrkk????OK.Drop the subject.=.="

**********************************************************************************

Kisah bermula disuatu petang diTTU3.
Ada pelajar yang menunggu bus pada pukul 6.30 petang untuk ke kampus.Contoh terdekat adalah aku dan juga sahabat-sahabat silat yang lain.Kalau dulu aku jadikan silat sebagai mengisi waktu malam aku,sekarang 'AKU CINTA PADAMU'.Setelah hampir 1 tahun aku menceburi seni mempertahankan diri ni.Menarik.Tambah plak dengan ahli-ahlinya yang tampak ganas diluar,tidak kira jejaka ataupun gadis,tapi dalam hati ada 'farmville'.Aku xsure sape yang cakap macam tu.Aku tak tipu yang ni.hehehe.

Back to the original story.Kalau sambil tunggu-tunggu bus,konpem-konpem la si 'E' pegi beli kopok lekor.Patut la orang cakap dia macam kucing.kui3.
Bus datang.Ktorg pon naik la dengan semangatnya nak pegi latihan.
Sampai jew kat kompleks sukan,memang lepak port biasa r.Semestinya di surau.Yang aku ingatla,kalau lalu kat tepi komples sukan tu,memang berlambak ulat bulu.eeuuww.Geli mak tengok.Da la aku nie anti serangga ckit.Sikit jew,tak banyak pon.
Sambil menunggu waktu maghrib,ktorg dok la gosip-gosip sembang-sembang kosong.Sembang punya sembang,azan pon berkumandang.

"Allahu Akhbar Allahu Akhbar"

Masing-masing ambil wuduk dan siap-siap nak solat.Nak dijadikan cerita,si 'E' solat depan sekali.Sebabkan kiblat kat situ senget sikit,jadi pandangan mata kasar menunjukkan yang beliau berada dibahagian hadapan.Sedang yang lain-lain menunggu turn untuk solat,ntah macam mana kipas kat dalam surau tu kuat sangat kot,langsir yang jadi pemisah bahagian lelaki dan perempuan tu tersangkut kat 'E' nie waktu dia sujud.Ktorg yang kat belakang dok mngekek-ngekek gelak.Aku tak pasti la kalau langsir tu berminat dengan 'E' atau yang sewaktu dengannya.Sebab,tak sape pon yang pegi betolkan langsir tu.Tahan gelak kot masa tu.Time 'E' berdiri pon langsir tu masih kat kepala dia dan secara automatik lelaki-lelaki pun terkesima,terpegun,terkejut dan segala ter yang ada la tengok si 'E' nie.Yela,dari bahagian lelaki kan.Tiba-tiba adalak perempuan masuk bahagian tu.Yang lelaki tu jangan la dok perasan yang 'E' ni nak usha korg.

Ada la sorang kawan nie p btoi kan langsir tu.Degil sungguh langsir tersebut.adoiii..=.="
Habis jew 'E' solat,terus dia gelak.Kena tahan kot masa solat tadi.Kang xpasai ja batal solat tu.Moral of the story,jangan solat berhampiran dengan langsir yang menjadi pemisah dua tempat.Lepas dari hari tu,'E' tak lagi solat dibahagian depan.Trauma katanya.hehehe


**********************************************************************************

Tu jew yang aku ingat.Peristiwa yang mampu buat aku gelak guling-guling biler ingat...hahaaha...
Sekian..

p/s:
sorry terkutuk ko mg..hihihi..gurau jew k..
To eka,ak da tunaikan impian ko..hahaha

Jangan lupa LIKE taw..=)



Meow..Meow..B2*

Assalamualaikum..

Aku tak pasti nie entry yang keberapa untuk hari nie.Rajin pulak la si Fyqa Federeka nie meng'update' blog beliau.Aku pon tak pasti kenapa.Hari nie banyak plak memory-memory aku mase duduk kat TTU3 tu datang.Jangan tanya dia datang naik apa.Karang tak pasal-pasal ada kena sepak laju-laju.hahaha..

Kali nie story mengisahkan sekumpulan pelajar yang berlainan negeri,fakulti event their course pon berbeza.Betul punya cerita.Ini kisah BENAR!!

Al-kisah disebuah rumah yang didiami oleh 6 jelitawan yang kalau miss world tengok pun menangis sampai sebulan.=P

*gmbr yang xberkaitan*

Kisah bermula disebuah rumah yang bernombor B2-*.Jangan ada yang menggatal p cari rumah tu.Iya.Tu rumah yang aku duduk masa sem1 dan sem2.Meja aku tepi tingkap.Kenapa tepi tingkap??Sebab senang nak usha atau skodeng orang-orang dating.Yang nie aku tak tipu.Selalu jew orang-orang rumah aku nie dok kat tepi tingkap tu.Kadang-kadang tu,pakcik yang jual lauk kat dpn pangsapuri ktorg pon dorg usha.Mana tau dapat free..hehhe

Enough psl rumah aku tu.Cerita plak pasal hamba-hamba yang dalam rumah tu.Masa sem1 ada 6 orang.Of coz la termasuk aku kan.'T' dri perak yg juga merupakan roomate aku.Pandai bergaya.Aku suka.Jangan pikir aku nie les plak.Next is 'M'.Budak sabah.Pekat kot loghat dia.Seorang yang klaka.Ber'roomate' plak dengan 'H',orang kelantan.Paling muda.Means dia nie dak diploma la.Tapi aku xrasa yang dia nie macam muda.Sebab ktorg semua nie macam sebaya.Sebab majoriti dalam rumah tu umur pon 19 thun.Tahun lepas punya umur.Then si 'E' plak.Orang nogori.Peminat kipas susah mati KUCING.Sampai ada kawan-kawan aku cakap muka 'E' nie macam kucing.Roomate 'E' plak orang kelantan.'B' nie manis orangnya.Cantik plak tu.
Cukup pasal gadis-gadis dalam rumah tu.Kami ni xdak la rapat sangat.Takat kluar makan sama-sama,shopping sama-sama tu ade la.Kalau da kumpul 1 rumah memang kecoh.Peristiwa yang paling aku ingat sekali masa aku ngan 'E' baru balik latihan silat.Otw nak masuk rumah tu,ktorg jmp anak kucing.Ala2 tomeynyer~~


Maklumla.aku ngan 'E' mmg cke kucing.Ktorg pon main-main la dengan kucing tu kat pintu rumah.Penat-penat balik silat pon hilang la jugak.Macam jumpa anak-anak bila balik kerja.Sedang kami bermain-main dengan anak kucing tersebut,pulanglah 'T' ke rumah dengan gembira.Tiba-tiba..........

"aaaaaarrrgggghhhhh!!!!!"

Ok.Masa tu memang aku terkejut.Aku rasa kalau ade berok kat sebelah mungkin beliau akan peluk aku.eeuuww.Go away from me BERUK.haha.Rupa-rupanya si 'T' nie menjerit.Terkejut,tergeli dan segala ter yang ada la.'T' nie anti kucing.Memang anti yang tahap dewa apa pon aku xtau la.Dah menjerit tu,boleh plak dia lompat-lompat kat depan rumah.Pastu baru dia lari.=.="

Pelik sekejap.Bukan nak lari terus,tapi dia lompat-lompat plak.Terkejut anak kucing tadi.Terus beliau blah dari rumah ktorg.Nasib baik xkena pijak masa 'T' lompat-lompat tadi.Pastu si 'T' nie pon balik la rumah bila kucing tu blah.Ish3..kesian~~

Tu la kisah roomate aku yang betul-betul anti kucing.Mungkin ada sebab kenapa dia anti dengan kucing atau binatang berbulu yang lain.Eh,manusia pon berbulu gak.kui3...

Sem2 lak si 'B' keluar utem.Sebab xdiketahui.Diganti lak dengan si 'A'.Kisah si 'A' aku ade cerita pagi tadi.Pasal ikan tu.Fish,fish,fish..haha..

*yang depan skali n specky tu kwn ktorg*

*nie anak2 kelahiran FEDEREKA*

Penat sudah aku story nie..hhaaa..semput~~~
Kalau ada story yang aku ingat lagi akan aku post dalam blog nie..
Sekian~~

p/s::
jangan marah taw org rumah B2*..
Sekadar memory semata..ehhehe

Jangan lupa LIKE taw..=)


Jom Tambah Follower

Assalamualaikum..


nie bukan game atau pon yang sewaktu dengannya.Benda telah diajak oleh Mr.Aril untuk menambah follower di blog masing-masing.Ramai jugak la blogger2 yang join nie.Apa-apa pon korang boleh la ke blog Mr.Aril sendiri kalau nak tahu lebih lanjut.

Sekian..

Bila Aku Jatuh Cinta-Awi Rafael


Bisakah ku tanpamu?
Bisakah ku tanpamu?
Hatiku mulai rapuh, hatiku mulai sedih
Bisakah ku tanpamu?
Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu, akan ku tulis lagumu
Akan ku katakana kata-kata indah
Bila aku jatuh cinta
Kan ku doakan kamu, menyempurnakan aku
Akanku buatkan semua yang terindah.. hanya untukmu
Relakah ku tanpamu?
Relakah ku tanpamu?
Bila aku jatuh cinta
Kan ku sebut namamu, akan ku tulis lagumu
Akan ku katakana kata-kata indah
Bila aku jatuh cinta
Kan ku doakan kamu, menyempurnakan aku
Akanku buatkan semua yang terindah..

tq to my sis aka Eka Federeka sbb knlkn aku dengan lagu nie..

p/s::
awi rafael super duper hensem.Sorry eka..aku pon terjatuh tangga dengan dia..

Jangan lupa LIKE taw..=)

Al-Kisah Fish dan Bunyinya

Assalamualaikum..

slmat berpuasa yer sume..

td time sahur aku sangat la kenyang.Kenyang mnom ayaq.Bukan kenyang la.Tapi perot kembung mnom ayaq.Tiba-tiba,aku teringat la plak 1 story yang pernah kawan aku citer kat aku.Bukan kisah dongeng,tapi kisah benar.No tipu-tipu punya.hehehe..=)

Al-kisah..toyibbb~~

Kisah ini bermula di suatu petang di Mydin MITC.Aku,'A' dan 'E' keluar untuk membeli barang di sana.Disamping itu,kami juga mencuci mata.Ok.Tu aktiviti secara tak sengaja.=)

Sedang aku dan 'A' duduk-duduk menunggu 'E',kami berdua bersembang kosong seperti duduk di kafe Mawar TTU3.

'A':Eh,dulukan,masa skolah,aku ada la sorang kawan laki nie taw.Tapi dia nie lembut la.
Aku:(mendengar dengan pnoh teliti smbil menikmati susu Dutchlady 123)
'A':Kawan aku yg laki tu,salu sgt kena buli dengan dak-dak laki yang lain.(bkn dak kancil ya).Kesian dia.Tapi nak wat cmne,dak laki tu terima jela.
Aku:(normal la tu)
'A':Nak dijadikan suatu hari nie,dia kene buli taw.Puting t**** dia kena cubit.
Aku:hahahaha.(cuba membayangkan muka dak laki tersebut)
'A':haha.Kesian dia.Dah la kena cubit.Pastu dak laki yg buli dia tu suruh plak dia buat bunyi ikan.
Aku:Ikan ada bunyi ke????(sambil memicit susu kotak yg sememangnya da habis)
'A':Kau tau mcm mne dia buat bunyi ikan??haha..(smbil memuncungkan mulut beliau kedepan)
"Fish,fish,fish,fish"
Aku:????hahaha..sengal!!=.="

lepas je kejadian tu,ktorg akan tanya kawan-kawan yang lain mcm mana bunyi ikan.In fact,smpai sekarang pon,'A' sorg jew ley wat mulut n 'bunyi' ikan tersebut.Aku boleh la sikit-sikit.Budak lelaki yang kena buli tu bukannya buat bunyi ikan.Tapi sebut nama ikan dalam English.Tu jew pon.Kisah ni da lama.Tapi aku still ingat sampai sekarang..=)


Selamat ber'fish-fish' yer korang.Kalau nak tau mcm mana dia buat,ley mntak tunjuk ajar dri kami..=)
Sekian..
p/s:
dialog kat ats tu diubah ckit sbb ak xbpe nak igt cara dia cerita kat aku..
Jangan Lupa Tekan Button LIKE..=)





Break the Fast

Assalamualaikum..
Salam 7 Ramadan..

"Telah hilang rasa dahaga dan urat-urat telah basah serta pahala telah tetap,insya-Allah.."

  • Apabila Rasulullah s.a.w berbuka puasa,beliau membaca doa di atas. Maka ia merupakan sebaik-baik doa untuk kita amalkan ketika hendak berbuka.

  • Apabila sudah bersiap sedia di hadapan jamuan berbuka,Islam tidak mahu memberat-beratkan umatnya dengan doa yang panjang atau rumit.Maka memadai dengan doa yg ringkas diatas.

  • Doa ini dibaca secara berseorangan,masing-masing membacanya sendirian.Ia tdk dibaca beramai-ramai dikalangan sahabat atau ahli keluarga yang hendak berbuka.Boleh membacanya dengan mengangkat tangan atau sebaliknya. 


byk lg doa2 yg boleh kter amalkn dalam bln puasa nie..semoga doa ini mmberi byk kebaikn kepada kita..

Sekian..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...