Pintu Magic =)

Assalamualaikum..
Kepada orang-orang yang aku rindui,balas la rindu aku tu balik.~hahhahaha~

Aku tak pasti macam mana aku boleh ingat lagi cerita sedangkan dah setahun aku menuntut di UTeM.Cerita yang agak kelakar.Bagi yang mengalami,mungkin ini merupakan pengalaman pahit anda.Mungkin pengalaman yang melucukan.hehehe..

Story nie tentang clasmate aku.Seorang jejaka 'tampan' di mata gadis-gadis yang suci pemikirannya.Tampan kah beliau???Dia sendiri pon tak pasti yang dia nie tampan atau pon tidak.Walau ditanya banyak kali;

Lecture:'R',do u think u're handsome boy?
'R':.........eerrr....i'm not sure miss.

Dialog diatas telah membuktikan apa yang aku katakan sebelum nie.Bagi kami yang lain,boleh la kot hensemnya.~hehehehe~
Kadang-kadang aku rasa rapat dengan dia.Bukan sebab dia banyak mulut.Mungkin aku selalu menceritakan perihal hidup aku kepadanya.Walaupun tak banyak yang dia nasihat,tapi bagi aku itu sudah memadai.Bukan senang nak tengok dia bagi nasihat kat orang.Rambut ala-ala the beatles,muka iras-iras radhi OAG,mulut plak aku rasa ada emas dan berlian kat dalam tu.



Kadang-kadang tu aku rasa macam dia nie perempuan.eerr..bukan sebab dia lembut.Tapi rambut dia tu.Panjang.Mungkin sama panjang dengan rambut aku.Selalu jugak la aku membebel pasal rambut dia.Ntah-ntah ade spider dalam rambut dia.~hahahhaa~

**********************************************************************************
Kalau diingat balik,tempat berkumpulnya keluarga BITM nie selalu kat kafe.Kat situ la tempat melepak,tempat makan dan minum,tempat nak buat discussion,tempat membuat homework dan yang sama waktu dengannya.Macam takde tempat lain jew nak wat keje.Bukan nya UTeM tu takde library.Ade,besar plak tu.Cuma yang lelaki nie alergik dengan library.Kata mereka la.

Kat kafe nie la macam-macam agenda berlaku.Dari penglihatan serta pemerhatian aku la kan,kat sini la jugak tempat kapel-kapel bertemu dan melepaskan nafsu rindu.Dan yang aku tak boleh lupa sampai sekarang adalah pintu kat kafe tu.Aku rasa pintu tu ada kuasa magik.Nak dijadikan cerita,satu hari nie,ktorg dok la melepak kat kafe.Pastu agak-agak da time klas nak start,sume la pack-pack barang masing-masing.Nak pegi kelas kan.

Aku:Mane 'R'???
Kawan:Macam biasa la,toilet.
Aku:ooooooo...

So ktorg pon tunggu la.Ada yang da jalan dulu.Taknak duduk depan sekali n belakang sekali.Normal la tu.'R' pon keluar dari toilet dengan gaya jalan 'chopstick' bak kata kawan aku la.Dengan semangatnya dia jalan.Tiba-tiba...

"bbbbaaaannnggg!!!!"

Semua yang ada kat luar kafe tu pandang belakang.Terkejut.Ingat kan pintu kaca tu pecah.Rupa-rupanya si 'R' ni langgar pintu tu.Melekat plak tu muka dia kat pintu tu.Masa tu memang gelak kaw2 punya.

'R':Aku tak pakai spek.Mana aku perasan.

Lepas je kejadian si 'R' nie,ramai plak orang-orang yang datang kafe tu dan menerima nasib yang sama macam 'R.Kalau orang tak ramai ok la.Takde la malu sangat.Kalau ramai,tambah lak langgar pintu tu kuat-kuat,memang orang-orang dalam kafe tu diam n gelak.Pernah je jadi cam tu.Tak silap aku mamat tu siap zikir lagi masa langgar.Tiba-tiba plak kafe yang tadi bising jadi senyap.Setakat ni yang ak nampak 3 orang jew la.Patutnya rakam.Yang clasmate aku lagi sorang tu sengal sikit.Masa tu dia kelam kabut.Nak keluar dari kafe tu dia terlanggar pintu.Pastu jatuh terduduk.Memang aku terkejut dan gelak.Pastu boleh plak datang kat tempat ktorg lepak tadi.Nasib baik la dekat.=.="

**********************************************************************************


Lebih kurang macam nie la pintu kaca tu.Kalau nampak dari jauh,macam takde pape je.Semoga sem3 nanti takde la peristiwa yang ntah pape nie...~kuikuikui~
Sekian..

p/s:
sorry pada sape2 yang terasa.cerita nie bukan rekaan semata.
memory yang hendak dikongsi bersama..
untuk En 'R' ,aku bangga jadi kawan kau..hehehe..

Jangan lupa LIKE taw..=)


2 comments:

biskotlemau said...

aku memang suka story nie...hahhahahhahaha..

Fyqa Federeka said...

hahaha..klau ada yg terigt lg bgtau la..ak nk post kt blog..hehehe..gelk2 ak time nak wat entry nie..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...