Syawal 1432

Assalamualaikum..
Yang pertama sekali,aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua kenalan,sahabat-sahabat blogger,rakan-rakan,ahli keluarga dan semua umat Islam diseluruh dunia.Ingat lagi tak entry pasal ALONE??sila abaikan entry tu.Bila baca balik,rasa macam nak gelak guling-guling jew.=.="

Semalam,last day puasa,my mom buat keputusan on the spot untuk balik kampung.Diulang,BALIK KAMPUNG.Dalam hati ni tuhan jewla tahu perasaan time tu.Ingatkan orang-orang kat kampung tahu la ktorg nak balik.Rupa-rupanya mak ak xbagi tahu dorg pon.Surprise la konon.Alhamdulillah la jalan tak jam kat Seremban.Sempat sampai sebelum waktu berbuka.Seronok berbuka kat rumah nenek kalau ramai-ramai.Macam-macam ragam ada.Dapat lepas rindu kat Cha.hehehe

Walaupun lauk tak banyak,tapi meriah tu still ada.Tapi aku rasa cam kurang orang jew.Sebab selalu penoh rumah nenek.Oke,abaikan yang tu.Lepas buka,kemas-kemas pinggan mangkuk n solat,masa untuk kemas rumah.Cha pon tolong jugak.Aku tak sure apa yang dia cuba buat sebenarnya.Rumah takkan kemas kalau mak aku tak balik.Tu memang keje mak aku la.Hias-hias rumah nie memang dia suka.Susunan perabot pon diubah.Maklumla,sofa rumah nenek bertambah.Langsir-langsir pon tukar.Masing-masing sibuk la mengemas.

Seperti malam-malam raya sebelum nie,ktorg akan buat takbir raya.Semua ahli keluarga akan berkumpul and takbir sama.Sebelum tu baca yasin dulu.Pastu baru takbir.Ahli keluarga jewla yg ada.Dulu-dulu orang masjid datang takbir rumah ke rumah.Tapi sejak beberapa tahun lepas,dah takde.Sebab tu ktorg buat sendiri-sendiri.Operasi mengemas stop sekejap sebab takbir kat ruang tamu rumah nenek.Habis takbir rumah nenek,takbir rumah mak lang plak.

Masa untuk mencari tempat tdo yang sesuai.Dalam bilik lak takde kipas.Terpaksa la aku ngan kezen aku tdo luar.Tapi malangnya aku lak xley tdo.Macam-macam bunyi ade.Hampir hilang sabar jugakla.=.="
Ktorg bangun pukul 6 pagi.Awal giler bangun.Bese la,nak siap-siap lagi,nak hidang makanan lagi.Pagi-pagi dapat MMS dari abang aku.


Abang aku raya rumah mertua dia.Anak sedara sapa la nie.hahaha..
Sebelum pergi sembahyang raya,takbir lagi sekali.Semua berkumpul kat ruang tamu and takbir ramai-ramai.Pastu macam bese,mintak maaf,salam-salam.Duit raya lepas solat yer.Alhamdulillah.Tahun ketiga aku dapat pergi sembahyang raya dengan nenek.Tapi tahun nie bertambah lak pengikut.Selalu aku pergi ngan nenek jew.(^_^)

Lama plak orang tu baca khutbah.Bape banyak kali mnguap pon aku tak tahu la.Balik jew rumah budak-budak semua sibuk mintak duit raya.Siap mintak kat aku lagi.Adoii,bila masa plak aku ade duet nak bagi budak-budak nie.Yang bestnye,aku takyah mintak pon,orang da bagi.Dah 20 tahun pon orang bagi duit raya lagi.Syok Habis!!!Ada sampul tu aku bukak ade RM50.Terkejut jugakla.Adik aku pon kumpul duit tak sampai 50 hengget.Aku senang-senang jew dapat.Jangan jeles yer Gemok..

Pukul 11 pagi ktorg da gerak balik ipoh.Mak aku keje.Dapat another MMS from my brother..


*antik*.Atau cantik dalam bahasa melayu nye.Comelnye anak buah aku yang sorang nie.Dia memang giler kerepek.Feveret beliau adalah makan kerepek.Esok baru dia balik Ipoh.Otw balik singgah makan kat restoran jejantan jejantas Sungai Buloh.



Sajew nak show off kasut.Beli bersama Irdawati Sirat.Tukang pilih jugak.Cepat balik yer Irda.Minggu depan da nak masok u balik.Seminggu jew lagi masa kita bersama.Macam kapel plak.kui3..
Oke,tu jew nak story mory untuk raya pertama nie.Sekejap tapi memberi banyak memori.


Sekian..

Jangan lupa LIKE taw..=)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...