Sudah Tiba Masanya

Assalamualaikum..

Sudah tiba masanya..
Untuk aku lupakan kau..
Oke.Aku merapu sekarang ni.Maklumla,kelas 4 hari seminggu,cuti lak 3 hari seminggu.Memang banyak masa untuk merapu dan merapu.Main point entry nie adalah....moving on..

Yeap.Aku mesti maju kehadapan tanpa ingat perkara-perkara yang lepas.Makin aku ingat,makin aku sedih dan berharap.Aku da tak sanggup nak hidup dalam bayang-bayang lagi.Mungkin orang cakap aku gembira bila dengan dia.But in fact,perasaan gementar tu still ada.

Aku memang bahagia sekarang.Bahagia + gembira.Tapi aku bahagia sebab aku sentiasa ingat kenangan yang lepas.Aku selalu cerita benda yang sama berulang-ulang.Aku tak bosan.Sebab aku bahagia.Tapi aku rasa,makin aku buat macam tu,makin aku ingat kat dia.So,as conclusion,i need to stop thinking about the memory between us.Memang tak banyak.Tapi tak banyak tu sangat bermakna.


Kalau ada jodoh tu,takkan ke mana...(^_^*)v
Betul tak??kui3..Kawan-kawan sudah.Nanti 'kakak' aku yang sorang tu bising lak.Nak lupakan seseorang tak payah ikut aturan.Let go with the flow.Bak kata MG la.So,i'm ready to do it!Insyallah,Allah sentiasa ada di sisi..
Ya Allah,kuatkanlah hatiku ini..Aku memohon kepadamu kekuatan agar hati ini tidak lagi lalai darimu...-amin-

Sekian~
 p/s::
maaf pada sape2 yang terasa yer.
(^_^*)v peace..

Jangan lupa LIKE taw..=)

Pada Senyummu

Assalamualaikum..
Hari yang agak tak tau nak watpe.Ngadap laptop nie jewla.Bukak maya pastu wat ntah pape.Fed up,tutup maya.Giler r.Maya..maya..Nape la ko wat aku camni???Takpe la,baru minggu pertama.Minggu depan insyallah oke.Amin~

Sebab bosan jugak nak kongsi lagu yang ada dalam belog nie.Masa first time dengar da trtarik dengan lagu nie.Best.Tapi maafla,tak pernah dengar pon nama group ni.T_T


Apa diingatkan
Pada masa yang lalu
Cuba kau lihat
Tenungi mataku
Terungkap beribu lagu
Hanyalah untuk mu
Tiada yang lain lagi

Pada senyum
Pada tawa mu kasih
Ada kebahagiaan ku
Warna hidup ini
Andai wajahmu tak ku sua kembali
Kabarkan oh angin
Hidupku tiada bererti Berikan resah mu 
Kan ku bawa nun jauh
Dapat kau lihat pemandangan itu
Tersimpan seribu satu rahsia tiada lagi
Berputar putar berguling riang ketawa
Bernyanyi merdu sungguh
Pada senyum mu 
Radiostar::Pada senyummu
Esok kelas pagi dari kul 9-1 n 4-6.Malam lak training.Harap takde orang tegur muka aku pucat lagi..=.="
Sekian~~

p/s::
background ngan header baru~~:)
Jangan lupa LIKE taw..=)

Cinta Dua Hati

Assalamulaikum..
Hari yang sedikit bosan sebab 24hours dalam rumah.Nak kongsi lagu dari Afgan.Suara dia merdu.Cair gadis-gadis kat luar tu kalau dengar suara dia.=)

 
"Maaf bila kau terluka,kerna ku jatuh di dua hati..."
Lagu dia agak jiwang.Tapi still best..
Sekian..
p/s:
Harap animation brjln dgn lncar..amin~~

Jangan Lupa LIKE taw..=) 

First Week!

Assalamualaikum..
Hampir berakhir minggu yang pertama.Hari ni cuti.Hari Malaysia.Sape tak tau,sila angkat kening.Rumah aku pon sunyi.Sebab balik.Yang sorang tu g Dataran Merdeka.Yang lagi 2orang ada kot dalam bilik.Aku ngan Yan2 memang penghuni yang setia kat rumah ni.Maklumla,rumah jauh.Lau dari sini ke Perak 10  minit,da lama aku ngan Yan2 balik.Tapi,apa kan daya.Duit ptptn pon tak masok lagi.Kad bank pon tak renew lagi.=.="

Minggu depan klas da full.Mesti semua kelas 2jam.Bukan macam minggu pertama.Boleh enjoy-enjoy lagi.Tapi minggu pertama pon ada jew lecturer da start mengajar.Aku rasa seronok lak sem ni.Event jam kredit lebih 1,tapi seronok.



Agak seronok dengan jadual sem nie.Jumaat aku free.Banyak la free.Tapi kena study lebih-lebih.Sebab subjek kali ni lagi complicated dari dulu.Walaupun subjek and lecture semua best-best,tapi bila time lab aku lost sikit.Kena pick up cepat.*kui3*

Fyi,aku sekarang tinggal kat D'Apartment.Besar sangat-sangat.1 blok tu ada 4 tingkat dan 4 rumah jew.Sekarang ada 3 blok.So ada 16 rumah jew.


Ni ruang tamu.Sila abaikan hanger tu.Kerusi ada 3.Kat cnie jugakla tempat sidai baju lau hujan.=)


Sinki ada 4.Bilik air pon 4.Cuma kecik sikit.Kat luar ada 3 blik air.1 lagi dalam bilik.Bukan bilik aku la.


Meja makan untuk 8 orang.Penuh makanan atas meja tu.Mostly of coz la biskut raya yang konker.Kalau takde meja makan,mesti luas giler.Ley guling-guling cam dalam citer hindustan.ahaks!


Bilik pertama.Bilik aku.Bersepah giler.Nampak jew kemas tu.Besar la jugak.Nak letak meja study pon boley.Tapi malas nak angkut masuk dalam.Mana tau tiba-tiba aku tukar fikiran lak lepas ni nak masukkan meja study tu.Bilik ni pon da penoh ngan beg-beg kosong ngan Yan2.

Masa first day g klas,tengok memang rmai sangat junior.Masa aku mula-mula masuk dulu takde ramai cmtu.Sampai kafe pon setiap masa penuh.Nak lepak cam dulu pon susah.Lagipon,still lagi ada konflik dalaman.Konflik yang orang luar tak nampak semestinya.=)

Minggu pertama memang indah.Semua berjalan dengan lancar.Alhamdulillah.Latihan silat pon da mula.Semalam jumpa senior.Lama tak jumpa dia.Siap belanja makan lagi.hehe.Terima kasih la yer.Murah rezeki nanti.

Petang kang nak g raya lak ngan membe silat.Raya tak habis lagi.Btw,Happy Nation Day guys!Rasa cam nak g Dataran Merdeka plak.Tapi memang tak dapat ler kan.hehe..GTG
Sekian..

Jangan lupa LIKE taw..=)

Wordless Wednesday #9

Assalamualaikum..


Dicuri dari tumblr aku sendiri..kui3
Sekian...

p/s::
alangkah bahagianye stiap minggu seperti minggu pertama...

Jangan lupa LIKE taw..=)

Drama Sebabak #2

Assalamualaikum..
Kejadian berlaku masa nak masak megi goreng+sosej yg dipotong kecik-kecik.

Aku:Aaaarrgghhh!!!!
Adik:Kenapa?kenapa?
Aku:Hah,xde pape.Ade lipas nak masuk lam periuk megi tu tadi.
Adik:Yeke??
Aku:Iyer.Betul.*aku tipu*
Adik:Tipula.Kalau ada lipas mesti kakak da lari pegi depan.
Aku:Eh,tu kau,bukan aku.Cakap orang pulak..=.="
Adik:Adik kadang-kadang jew takot dengan lipas..lalalalala~~

hahaha..Sengal punya adik.Ada ke patut cakap camtu.Padahal dia kalau jumpa lipas,lari lagi laju dari aku.Ak sampai depan tv jew,dia konpem2 sampai pintu depan.Paling-paling pon aku panjat atas kabinet tu kalau jumpa lipas.=.="
Moral of the story,sila bunuh lipas!
[sumber google]
Sekian...
Jangan lupa LIKE taw..=)

Semester Baru ^^

Assalamualaikum..
Selamat hari Jumaat.Siang tadi aku ada la blog walk kat blog kawan-kawan aku.Masing-masing cerita tentang semester baru yang akan datang.Isnin minggu depan da start kelas.Tak ley da nak bangun pkul 11 pagi.Tapi tetap tido pukul 3-4 pagi.Sebab buat assignment last minit.Berubah la fyqa oi~

Semester 3 memang mencabar(kot).Sebabnya aku ambik 19 jam kredit.Terlebih suda.Memang pening la sebab sem nie kena ambik Bengkel 1.Ntah ape la aku nak wat untuk bengkel nie.Senior-senior,sila bantu junior mu ini.T.T


Nampak x?Kat situ jumlah kredit terkumpul 16.Tapi tak masok lagi Bengkel 1.So,akan jadi 19.Dua subjek jew yg 2 jam kredit.Tu pon subjek wajib.Jadual pon da keluar.Agak seronok la jadual sem ni.Sebab hari jumaat holiday.Harap-harap takde la tukar-tukar jadual lagi.Jadual kali ni seronok.Hostel pon da tau kat mana.Cuma jalan nak ke sana jew tak tau.Dorang cakap apartment tu paling best.Sebab besar.Aku tengok gambat pon memang besar la.1 rumah 8 orang.Besar la tu dari TTU3 ngan Bunga Raya.

Harap sem ni lebih baik dari sem-sem lepas.Btw,welcome to junior UTeM,FTMK and especially junior BITM.Mesti ramai direct entry kali ni.=)
Tak lupa jugak ahli-ahli silat.Semoga persembahan malam ni takde cacat cela.Buat yang terbaik!
Sekian..

p/s::
sape ade buku CCT??hari ahad da daftar.Sangat malas nak balik sana.

Jangan lupa LIKE taw..=)

Amico

Assalamualaikum..(dgn nada sprti prof.Izzi)
Apa itu 'AMICO'???Bukan sejenis makanan.Bukan juga sejenis mainan,drama atau nama orang.
-'AMICO' means 'Friend' or in Malay 'Kawan' or 'Sahabat'-
Masa sekolah dulu,memang ramai kawan.Entry raya sebelum nie,dalam gambar tu semua kawan sekolah rendah.Diulang,KAWAN SEKOLAH RENDAH.Bila dicongak,tolak,tambah,darab dan bahagi,ktorg da kenal hampir 10tahun!!!Sangat lama.Tu satu pencapaian la sebab still contact each other walaupon belajar kat tempat yang berlainan.Aku memang suka flashback balik zaman-zaman kaca mata ni.

Kenal mereka-mereka nie masa sekolah rendah lagi.Ada tu dari tadika.Pastu masuk sekolah menengah.Tapi most of us pindah sekolah masa form 4.Masing-masing dapat tawaran belajar.Alhamdulillah.Walaupun aku tinggal kan sekolah menengah tu da lama,tapi kawan,tetap kawan.Event cikgu Math pon ingat aku lagi.=)


Semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila.Harap dapat la tengok kawan-kawan aku nie kawen nt.kui3



Pape pon,selamat pulang ke U masing-masing.Yang keje tu,keje elok-elok.Bakal-bakal cikgu,ajar anak murid anda elok.





Sekian..
p/s::
xley tdo..@_@
blog aku ada dalam entry blog SBK..

Jangan lupa LIKE taw..=)




Wordless Wednesday #8

Assalamualaikum..
Morning uols..

*study again*
Minggu dpn da start kelas..=)
Sekian..
p/s::
bila boleh tau kolej kediaman???

Jangan lupa LIKE taw..=)

It's Raya!!!

Assalamualaikum..
Setelah didesak,dipuji,dan sebagainya,akhirnya.....
Cikgu upload jgk gambar time g raya kat facebook.Terima Kasih Cikgu Manis.Walaupon gune kamera digital,tu da cukup bagi kenangan kat aku dan mereka-mereka yang lain.Kan kawan-kawan???=)

Operasi Jalan-Jalan Raya telah dimulakan pada hari Jumaat yang lepas iaitu tanggal 4 Syawal.Macam pembaca berita lak aku nie.Takde bakat tu xyah la nak poyo-poyo sangat.Main yoyo lagi best~~

Jumaat,2 Sept 2011
Setelah membuat keputusan secara mengejut,ktorg pon decide la nak kuar lepas zohor.Sementara tunggu Mira datang,sempat la jugak bergurau senda dengan Arissa.Kata pukul 2.Datang 2.30 ptg.Adoii.Berpeluh aku tunggu.Mula-mula ingat dia sorang jew.Pastu tengok lam kete ada lagi sorang.Lama betol tak jumpa dorang ni.Kawan sekolah rendah+sekolah menengah nie.Rumah pertama yang nak diserang rumah Azni.Ya ampun,aku salah masuk rumah kot.Malunye.Nasib baik lepas pagar jew.Lau masuk sampai dalam rumah mesti malu gler.Nasib baik Yuzwan panggil.Kalau tak,tak tau nak nyorok mana muka.=.="
Antara manusia yang datang rumah Azni.Homaigod,asal mata aku camtu???aaarrrggghh!!!

Next rumah Dila.Makan mihun tomyam kot.Aku pon da lupa.Banyak sangat makan.Kali ni tak salah rumah.Alhamdulillah.Sebab kalau nak g mana-mana mesti kumpul rumah dia.Aku pon tak tau kenapa rumah dia jadi tempat brkumpul.

Lama la jgk la lepaking kt umah dila.Pastu g umah Cahaya Harum lak.Mesti plekkan asal panggil nama Cahaya Harum?Tu nama fb jew.Nama sebnar Rean.Kat umah dia ktorg wat kecoh.Macam mesyuarat da.Macam-macam sembang.Dari sarang semut sampai simpulan kasih.Tak lupa juga sarang burung.



Memang seksa sikit naik moto pakai baju kurung.Seksa dan seksi.Pasnie xnk da naik moto pkai baju kurung.Next house is Mai.Kat cnie lak mintak resipe begedil.=.="


Ayu-ayu semuanya.Sesat lak mamat ni sorang.Pas raya umah Mai,raya umah Anis plak.Jauh perjalanan kali ni.Last rumah untuk hari tu.5 rumah dalam 1 hari.Makan dan minum jew la.Senak perut aku.


Fyi,hari tu adalah hari terakhir Mira kat Ipoh.Sedey ckit la.Ley baca Entry Khas..=)

Sabtu,3 Sept 2011
Macam biasa,kluar pukul 2 lagi.Memang tak pakai da baju kurung.Insap.sob3.
Sebabkan Mira da pergi perlis,Irda yang amik.Opcoz naik moto.Wahi ajak datang umah.Sampai-sampai xde orang lagi.Kami orang pertama.Layan cter hindustan.Khusyuk lak tu tengok.Da ktorg yang sampai dulu,mak Wahi soh ktorg makan dulu.Nak tunggu yang lain lambat lagi.Ktorg da abz makan baru dorang sampai.Ramai lak jejaka-jejaka yang datang.


Malas nak amek gmbar yang laen.Jejaka-jejaka pemalu.Aku pon plek.Selalu gadis-gadis yang pemalu.=.="
Da kenyang,g umah Irda plak.Makan ckit jew.Tengok tv yang lebey.Satu-satunya umah yang pergi dan dapat duet raya.Umah laen pergi xdapt pon duit raya.Time kasih kakak kepada Irda.Pastu g umah Syazana lak.Jejaka-jejaka da ilang.Katenya g GM.Raya kat sana mungkin.Tiba-tiba jew selera aku datang.Sedap kot mee rebus tu.Aku tak sure ape nama mee tu..=.="


Berselera betul orang sebelah aku tu.Bagos-bagos.Last house is Aini's house.Kali nie kami sesat.Dddeemm!!
Orang bagi alamat taknak salin.Kan da sesat.Nasib baik ade nom.Biler call rupa-rupanya dia da pindah umah.Ddeemm lg skali.Da sampai kat kawasan perumahan tu,tak jumpa lorong plak.Hampir nak balik jew ktorg.Dengan berkat usaha,akhirnya jumpa jugak umah dia.*bangga*
Penat mencari,kiranya umah dia tmpat rehat skjp la.Sebab lepastu nak balik.Penat kot.

Ahad,4 Sept 2011
Yang nie spesel ckit.Sebab ktorg raya kat jusco.Orang raya g umah orang.Ktorg raya kat jusco.Dan semestinya nak tengok Hantu Bonceng.Best sangat.Walaupun ada scene yg wat aku trkejut sampai menjerit sikit.*malu*

Yang xley bla tu,orang depan aku tu,anak dia konsi sit.Kesian lak aku tengok anak dia tu.Walaupun klaka.Gelak-gelak ktorg kat blakang.Yela.Satu sit tu kongsi 2 orang.Alahai.Kira seludup jugak la kan???


Abiz da cerita raya untuk minggu lepas.Nak pergi umah Nani.Tapi tak tau bler.Korang..jom la pegi umah Nani.sob3
Sekian..

p/s::
Minggu terakhir di Ipoh..xde mud nak balik..

Jangan lupa LIKE taw..=)

Baru is New :D

Assalamualaikum...
Alhamdulillah,setelah beberapa hari memikirkan nama blog yang baru,akhirnya......aku jumpa jugak nama blog yang sesuai.Bagi aku sesuai la.

"Bunga Api Terbang"
Header pon baru jugak.Macam mana dapat nama blog nie???*hehe*
Takpela.Biarlah rahsia.Poyo jew kau nie..=.="
Ape pon,Whats Go Around Comes Around da tamat.Isi tetap sama.Yang berubah cuma nama blog sahaja.:D
Sekian..

Jangan lupa LIKE taw..=)


Entry Khas =)

Assalamualaikum..
Salam 1 malaysia.Da bape hari tak update.Sebab takde benda nak update.Tapi hari nie aku nak post entry khas untuk kawan aku yang sorang ni.Semalam aku jumpa dia wat kali terakhir.Terakhir la sangat.Terakhir sebab beliau akan melanjutkan pelajaran ke salah sebuah universiti di utara.
One of my bestfriend nie.Selalu hangout sama-sama.Kenal dari sekolah rendah lagi.


Comel tak??Merah muka dia kalau dia baca ni.Konpem gelak non-stop.Kalau dapat gelak memang terus-terusan la.Kadang-kadang tu tiba-tiba je dia gelak.Selalu macam tu.=.="

Pape pon,selamat meneruskan pengajian anda.Kos apa aku tak ingat sebab nak sebut pon susah.Bakal engineer nie.Goodluck Amirah Ahmad Hamdi.Semoga tabah disana.Ada Yuzwan Ali kat sana.hehe.Nanti cuti kiter kuar lagi.Sebak plak.=(

Sekian..

Jangan lupa LIKE taw..=)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...