Workshop 2 : Game Over :)

Assalamualaikum.

Rasanya, lama dah tak update blog ni. Almaklumla, bz sesangat. Da hampir ke penghujung semester 5 ni. Rasa cam kejap pulak. Tak lama lagi final exam. Pastu tak cuti sebab ade 3P. Takpela, menimba pengalaman.

So,baru-baru ni pelajar Bengkel 2 telah mengadakan pameran bagi setiap course.  Student FTMK je la. Ni la masa yang ditunggu-tunggu sebenarnya. Sebab,segala hasil dinilai pada hari tersebut. Rasa macam semua beban letak kat situ la. Dalam banyak-banyak course, and of coz la student BITM punya la yang havoc skali. Anda boleh tengok video + kutip cenderahati dari setiapp group. Memang majoriti group akan bagi gula-gula and souvenier yang dibuat sendiri mengikut tema group masing-masing. Tu lah hasil kami selama 14 minggu(kononye).

"Beg Kertas"

"The Deadline"

"Pepsi Twist"

"Manifestasi"

"Jojo The Special Boy"

"Grateful"

"Generasiku"


Sebahagian dari meja-meja group Bengkel 2. Semua berusaha hias lawa-lawa. Baru la dapat tarik tetamu yang datang. Ada dua sesi. Sesi yang pertama adalah tayangan video dari setiap group yang dibuat di Studio FTMK. That was our first time using the studio. Studio baru siap. Macam masuk panggung wayang versi kecik. Sesi kedua pula adalah penilai akan datang setiap meja dan mula menilai setiap kumpulan. Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar walaupun agak penat. 

Pada waktu petang pula diadakan majlis penutup pameran Bengkel 2. Semua pelajar berkumpul di Dewan Seminar untuk majlis penutup tersebut. That time was sleeping time!



Ada yang tak tido semalaman sebab buat bengkel. So, masa ni la nak take nap. Dalam majlis penutup, ada jugak penyampaian hadiah untuk Bahan Pameran serta Produk. Tahniah la kepada semua pemenang. Yang tak menang tu, bukan tak bagus. Cuma tak cukup hadiah je. 

My group :)


Tamat sudah "penyeksaan" untuk Bengkel 2. Tapi bermula pulak PSM 1. Baru je habis da kena pikir ape nak kena buat utk PSM 1. Tak sempat nak bernafas dalam2 lagi. Tapi takpe. Ni la akan dibuat time keje nanti.
Tahniah semua sebab berjaya habiskan Bengkel 2 dengan jayanya. :D
Please enjoy our video :)





Sumber gambar : Kamera Julian, kamera handphone Fitri and Shahir :)

Sekian :)

Double "K"

Assalamualaikum.
Setelah sekian lama meninggalkan blog tercenta ni. Sejak-sejak masuk tahun 3 ni,rasa macam ambek satu subjek je ---> "BENGKEL 2". Semua pelajar tahun 3 course Media Interaktif wajib buat bengkel 2. So,apa yang kami buat untuk bengkel 2 kali ni?

Tak pasti la sama ada setiap batch tu lain-lain bengkel 2. Macam batch aku kali ni,kami kena buat video (10 minit) + element 2D atau 3D. Sebabkan group aku masing-masing kurang mahir dalam 3D,jadi kami buatla 2D.  2D pon best ape. Sekarang ni masih lagi shooting ape yang patut.


My team. Semua ada 4 orang. Yang lain tu crew tambahan dan pelakon. Yes, I'm the only one girl in this group :')




Sebahagian kerja yang berjaya disiapkan dengan baik. Thanks teammate :D
Oh ye, nama group kami 'KOPI KOLA'. Inspired by buku Kopi from Buku Fixi. Sangat suka cerita Kopi Kola sebab cerita tu sweet walaupon kopi tu pahit.

Sekian ;)

Final Year #Sem 1

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama,dapat juga menaip utk blog ni. Asyik bagi wordless wednesday je. Tanpa sedar, we already Third Year! wweehhoo~Senior la sgt kan *tangan ke dada,mata ke ats*.

Kelas sem ni tak trlalu pack. Biasa-biasa je. Kelas hanya 3 hari smggu je. So,4 hari lagi holiday. Yup,HOLIDAY. Holiday la sgt kan. Semester ni a bit bz. I guest so. Sebab ade amek bengkel 2. Untuk bengkel 2,mungkin akan jadi mereng utk beberapa mggu seperti bgkel 1 yg lepas. Bengkel 2 mencabar lg dari bengkel 1. Sebab kali ni kne byk brgerak. Shooting,jmp penyelia,discussion dan yg sama waktu dgnnye. T_T


Haa,kan3,kelas 3 hari je. Rabu n jumaat xdak kelas. Tapi da setkan hari jumpa penyelia tu hari rabu. Nak xnak kena gak bangun pepagi g kampus tercinta utk jmp penyelia tercinta *sigh*.

*plot2 utk story bgkel 2*

Untuk 3 mggu pertama ni,xde la bz sgt. Hari2 pon tdo awal. Plg lewat kul 2. Kira awl la jgk tu kan. Tak tau lg mggu dpn cane. Semoga dpt lalui pahit getis thun 3 ni dgn aman dan yg sama waktu dgnye~

Sekian.
p/s :: Da sebulan baru ak cerita sem 5 ni.

Raya 2012

Assalamualaikum.

Setelah sebulan di bulan Ramdhan,akhirnya,sampai la ke bulan Syawal. Tahun ni sama jugak macam tahun-tahun yang lepas. Raya kat Melaka. Grandma house! Tahun ni ada penambahan ahli baru iaitu Muhamad Amsyar bin Mohd Aizal. My new nephew yang sambut birthday sama dengan aku. :)

Sebab kan family aku balik awal dari family yang lain,so,kami takde buat apa-apa sangat la. Sehari sebelum raya baru sibuk. Last day berbuka puasa dengan nasi beriyani daging. Special made from Mak Sau. Our chef in the house. Sambil makan,siap bole buat iklan lagi sebab guna beras yang panjang tu---> "Sungguh panjang beras ini."

Lepas yang lelaki pulang dari takbir dimasjid,takbir raya kat rumah nenek pulak. Perkara wajib tiap-tiap tahun. Semua akan berkumpul dan takbir sama-sama. Sementara dorang takbir,me and my cousin dok dapur bakar biskut. Biskut kacang from Johor. Sangat banyak sampai tak larat nak bakar. First trial,hangus. Unexpected. Nasib baik masa tu mak lang keluar. Kelam kabut ktorg cuba untuk hapuskan bukti hangus tersebut. Dan kami berjaya hapuskan bukti kehangusan itu.


Dalam 6 bekas jugak la kami buat. Tu pon ade lebih lagi. Memang sedap! Pagi raya pulak ade kejutan. Cousin yang ptotnye raya rumah husband beliau,balik rumah nenek pulak. Semua ingat dia balik raya ke-3. Tiba-tiba muncul depan pintu. Da 2 kali dia buat macam ni. =.="

Hari raya sunat untuk kita pakai baju baru. Arissa dan Amsyar pon pakai baju baru jugak. Comel sangat. >.<
Macam biasa,aktiviti pagi raya,salam,mintak duit raya,sembahyang sunat hari raya. Tahun ni takde tangkap gambar family sebab takde photographer. Kalau ada baru tangkap gambar. Tapi ade la jugak gambar yang sempat ditangkap untuk dijadikan kenangan :)


Apa-apa pon,saya ingin mengucapkan Selamat Haru Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali dan yang sudi membaca blog ni. :)

Sekian :)

Women Are Always Thinking.

Assalamualaikum.

Selamat berpuasa kepada yang berpuasa. Masuk hari ni, da 8 hari umat Islam  berpuasa. :D

Perempuan,wanita,gadis. Mereka sentisa berfikir. Their brain always working. Kecuali time tido. Aku pun perempuan jugak. Dan aku sentisa berfikir. Macam-macam aku fikir. Dari benda logik,sampai la yang tak berapa nak logik. Mesti yang lain-lain pon macam tu jugak. Tiap-tiap hari nak keluar,mesti fikir ;

Nak pakai ape hari ni?Baju ni sesuai tak?Tak nampak pelik ke pakai macam ni?
Itu contoh semata-mata. Tapi realitinya itu yang terjadi hari-hari. Even nak pakai duduk rumah pon pkir macam tu.


True facts rite? ;)
Sekian.

Majlis Cukur Jambul Amsyar.

Assalamualaikum.


Just a short entry about majlis ni. Tanggal 8 Julai, Ahad hari tu berlangsung majlis cukul jambul untk my little Amsyar yang comel ni. Minggu ni masuk sebulan umur dia. Tapi macam da besar je. Amsyar doing good during majlis. Sebabnya dia tido masa orang cukur jambul tu.Dimulakan dengan bacaan yasin dari pihak perempuan,sebab pagi yang perempuan dulu. Then ada berzanji,cukur jambul dan makan. Tengah hari baru lelaki.


 Good boy sayang ♥.


See, how baiknya beliau masa majlis tu. Tak menangis pon. :)


Tak lupa juga kakak beliau yang sangat comel pada hari kejadian. Sepit rambut baru beli tu match pulak ngan baju yang dia pakai. Da pandai sekarang nak posing-posing ni. Arissa da dapat terima dia ada adik. Masa awal tu,tak heran pon Amsyar kat rumah. Sekarang, da tau mana adik dia. Both of them sangat cute :)




Da besar da Arissa. Nak msok 3thun hujung tahun ni. :)


Seperti biasa,entry akan penuh dengan gambar. :D
That all from me.
Sekian.


Talk : VFX Production

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama menyepi,akhirnya dapat jugak meng'update' belog ni. Al-maklumla,asyik takde masa je. Padahal malas tu. Tambah lak ngan laptop rosak. Terpaksa pinjam laptop housemate terchenta~

Baru-baru ni, Rhythm & Hues Studios ---> http://www.rhythm.com (boleh rujuk website ni) ada datang UTeM utk bagi talk pasal VFX production. Sebagai student yang 'rajin',aku pon join la untuk dgr talk dari dua orang wakil dorang. Tak silap aku sorang nama Jason and the other one Hussin. Not sure if I spell it right or not.

Untuk session pertama, Mr Jason banyak cerita pasal apa yang company dorang buat,kat mana location office,environment office macam mana dan macam mana nak apply utk jadi apprentice kat sana. Apa yang menarik perhatian adalah, environment office dorang. Memang office dorang sangat seronok. Da macam resort aku tengok.

Company ni mulanya di Los Angeles,dan dikembangkan lagi ke Mumbai, Hyderabad, Malaysia dan Vancouver. Mereka dalam perancangan nak bukak lagi 1 cawangan dekat Taiwan.


So,hebat sangat ke company nie?
Bagi aku,memang cerah masa depan masuk company ni. Dorang telah bekerjasama dengan banyak syarikat Hollywood seperti Universal Studio,Warner Bros,Marvel dan banyak lagi.

Apa yang dorang buat?
Keje dorang adalah buat special effect,visual effect n CGI untuk Hollywood feature film. Latest film yang dorang buatkan special effect adalah Snow White and The Hunstman. Aku rasa ramai da tengok cter ni. Citer lain macam Golden Compass,Alv in and The Chipmunks,Yogi Bear dan X-Men:First Class pon antara filem yang dorang contribute skali.

Session ke-2 pulak,Mr Husin ceritakan a bit pasal history of visual effect. Dan tak lupa jugak perbezaan special effect,visual effect and CGI. Ketiga-tiga ni memang ada perbezaan.Contoh special effect macam explosion dalam sesebuah filem. Takkan dorang nak buat letupan yang betul-betul kan. Visual effect pulak lebih kepada CGI,tengok la cter katun. Tu logik aku la. Macam cter Shrek, Rapunzel, Yogi Bear.

Next,dia cerita pulak pasal production. Sangat la banyak. Mula dari pre-production,production and last but not least, post-production,peringkat yang paling lama. Kami ada belajar dalam subjek audio video sem lepas. Apa yang ktorg belajar sebagai student Media Interaktif kat sini sume yang basic-basic je.



Video from youtube. Sebabkan tak boleh amek gambar,so sumber gambar tadi dari google image. Thx google. Enjoy the video :)

Sekian~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...