Memory Semester 3

Assalamualaikum..
16 Januari 2012,hari terakhir untuk exam kali ni.Paper last.Ramai yang keluar awal untuk paper ni.Sebab ape,biarlah rahsia :)

Dengan tamatnya final exam,maka tamat sudah semester 3.Sem depan da masuk sem 4.Sem nie macam-macam yang jadi.Suka,duka,pahit,manis semua ada.Aku rasa sem nie la paling banyak ambil gambar.Sem nie jugak ramai kawan baru,dari pelbagai fakulti.Tak lupa jugak kawan-kawan yang baru join kelas BITM.Bertambah ahli BITM.Masa awal-awal sem,raya tak habis lagi.So,ada la rumah yang ktorg pegi.Ada sekali ada rumah terbuka kat Taman Botanikal.Kami pakat-pakat pegi makan tengah hari sebab kat banner tu tulis "Orang Ramai Dijemput Hadir".Memang makan lunch free ktorg haritu.Tapi cuaca masa tu agak panas la.


Sem ni,ktorg amek subjek hubungan etnik.Aku takde la suka sangat subjek nie.50-50 je minat nak blaja subjek nie.Group aku buat pasal rumah tradisional melayu Melaka.Seronok tau sejarah rumah Melaka nie.Boleh tengok balik entry nie untuk tau pasal rumah Melaka.Lepas tu,aku ikut pulak group Aen g Johor.Group dorg buat pasal tarian zapin.Sempat jugak la kami belajar menari zapin walaupun orang yang lebih muda yg ajar ktorg masa tu.


Siap dapat pakai baju orang berzapin lagi.Next even,pesta konvo.Waa..Aen busy dengan clarinet beliau.Same goes to me.Busy ngan silat..Nak dekat pesta konvo,aku accident.First accident aku sepanjang dok Melaka ni.Cuak kot.Kawan aku masa tu pon terkejut.Da la masa tu aku tengah makan roti.Alhamdulillah kami selamat.Kereta kawan aku tu je yang teruk.Alhamdulillah.Pesta konvo nie aku banyak tangkap gambar.Aku join jaga gerai jugak.Tapi bukan jaga sangat pon.Banyak berjalan.Pastu tangkap gambar lagi.



Da penat berjalan and brgembira,tiba masa suffering,BENGKEL 1.Sebab kami ni batch first yang guna  oracle and C++,so,sangat suffer.UTeM tu da jadi rumah kedua da.Rasa macam orang office pon ada.Pagi datang,buat bgkel tu,sampai petang,balik.Tengah hari rehat,makan-makan,sembang,solat dan sebagainya.Ley usha entry nie kalau nak tengok mata yang macam panda yer.:)

Tak lupa jugak project audio video.Seronok.Sebab buat iklan.Ala-ala production r konon.Banyak group yang buat video yang best-best.Seronok tengok.Macam lagat ada.Setiap group cerita lain-lain.


And,event yg last skali,BBQ at Pengkalan Balak with classmate.Yeay!Best dapat dok tepi pantai dengan kawan-kawan kelas.Sambil main gitar and menyanyi.Angin tiup sepoi-sepoi bahasa.Nak tengok gambar boley la tgk kat entry ni.:)


Semoga cuti nie ade la aktiviti berfaedah.Dan semoga sem depan lebih baik dari sem.:)
Sekian..
p/s::Selamat bercuti kawan-kawan :)
Tak sabar nak balik rumah..
Jangan lupa LIKE taw =)

2 comments:

Nazrul Azwan said...

sem yg penuh suka duka. :p

Fyqa Federeka said...

yup..kecewa,gembira,sume ade..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...