Perihal Anak Manja

Assalamualaikum..
Zaman yang serba serbi berteknologi ni sangat-sangat la berbeza dari zaman aku kecik-kecik dulu.Dulu takde pon orang heboh-heboh guna android.Sekarang,android tu menjadi satu daya penarik untuk pengguna.Tapi tajuk entry hari nie bukan pasal android.Tapi pasal anak manja.Setiap dari kita ni mesti ada sifat manja.Tipu la kalau takde.Mesti ada punya.

Setiap family pon mesti akan ada sorang anak manja.Manja tu salah pun.Tapi,bila terlalu manja,mungkin membawa padah.Sekeliling aku memang ramai anak manja.Apa nak semua dapat.Kalau tak dapat,mula la buat duck face.Tak pun mogok.Tu biasa la.Tapi,ada jugak yang sanggup tengking mak bapak sendiri.Yep.Memang ada berlaku kat luar sana tu.Perkara macam ni memang berlaku pon.Kat sekeliling aku pon berlaku jugak.

Bukan tu je,ada jugak yang sanggup menipu.Yela,anak manja kan.Mesti la sayang lebih.Apa yang dibuat,percaya.Ibaratkan menatang minyak yang penuh.Aku pon tak tau la betol ke tak peribahasa tu.Pernah tengok cerita "Anakku Sazali"?Dalam cerita ni,Sazali tipu bapak dia,dan bapak dia percaya apa yang anak dia tipu.Sebab apa?Sebab terlalu sayangkan Sazali.Sampai macam tu sekali.

Ada setengah anak manja pulak,tak pandai berdikari.Berdiri atas kaki sendiri.Aku pun mintak duit kat mak ngan abang aku bila terdesak.Tapi,seboleh-boleh aku elakkan untuk buat semua tu.Aku faham keadaan keluarga aku.Dan aku tau,ada ramai lagi yang susah dari aku.Tapi yang aku tak faham,kenapa anak-anak manja sekarang ni tak boleh nak faham tentang keluarga dorang.Mungkin sekarang keluarga kau senang,tapi akan datang,tiba-tiba rezeki Allah tarik balik,menangis tak berlagu la kau.Kalau da hidup jauh tu,cuba la belajar untuk hidup sendiri.Tengok orang sekeliling macam mana.Tak semua orang senang.

Perihal anak manja ni tak boleh 100% salahkan mak bapak.Mungkin ada sikit la salah dorang tu sebab terlampau manja kan anak sampai pijak kepala.Kadang-kadang sakit hati jugak tengok mak bapak yang asyik nak menangkan anak kalau dah terang-terang anak tu salah.Bila da besar anak tu,perangai pun bukan-bukan,baru la rasa nak menyesal segala bagai.Anak-anak pon kalau la mak bapak kau manja kan kau,kat luar toksah la buat perangai.Kau nak manja,manja la ngan mak bapak kau.Orang-orang kat luar bukan suka kalau kau nak manja-manja kat luar.

And untuk adik aku dan semua anak-anak manja kat luar sana,behave yourself.Mungkin sekarang kau anak manja,tapi akan datang,tuhan je yang tau.

Sekian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...