Raya 2012

Assalamualaikum.

Setelah sebulan di bulan Ramdhan,akhirnya,sampai la ke bulan Syawal. Tahun ni sama jugak macam tahun-tahun yang lepas. Raya kat Melaka. Grandma house! Tahun ni ada penambahan ahli baru iaitu Muhamad Amsyar bin Mohd Aizal. My new nephew yang sambut birthday sama dengan aku. :)

Sebab kan family aku balik awal dari family yang lain,so,kami takde buat apa-apa sangat la. Sehari sebelum raya baru sibuk. Last day berbuka puasa dengan nasi beriyani daging. Special made from Mak Sau. Our chef in the house. Sambil makan,siap bole buat iklan lagi sebab guna beras yang panjang tu---> "Sungguh panjang beras ini."

Lepas yang lelaki pulang dari takbir dimasjid,takbir raya kat rumah nenek pulak. Perkara wajib tiap-tiap tahun. Semua akan berkumpul dan takbir sama-sama. Sementara dorang takbir,me and my cousin dok dapur bakar biskut. Biskut kacang from Johor. Sangat banyak sampai tak larat nak bakar. First trial,hangus. Unexpected. Nasib baik masa tu mak lang keluar. Kelam kabut ktorg cuba untuk hapuskan bukti hangus tersebut. Dan kami berjaya hapuskan bukti kehangusan itu.


Dalam 6 bekas jugak la kami buat. Tu pon ade lebih lagi. Memang sedap! Pagi raya pulak ade kejutan. Cousin yang ptotnye raya rumah husband beliau,balik rumah nenek pulak. Semua ingat dia balik raya ke-3. Tiba-tiba muncul depan pintu. Da 2 kali dia buat macam ni. =.="

Hari raya sunat untuk kita pakai baju baru. Arissa dan Amsyar pon pakai baju baru jugak. Comel sangat. >.<
Macam biasa,aktiviti pagi raya,salam,mintak duit raya,sembahyang sunat hari raya. Tahun ni takde tangkap gambar family sebab takde photographer. Kalau ada baru tangkap gambar. Tapi ade la jugak gambar yang sempat ditangkap untuk dijadikan kenangan :)


Apa-apa pon,saya ingin mengucapkan Selamat Haru Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali dan yang sudi membaca blog ni. :)

Sekian :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...