Workshop 2 : Game Over :)

Assalamualaikum.

Rasanya, lama dah tak update blog ni. Almaklumla, bz sesangat. Da hampir ke penghujung semester 5 ni. Rasa cam kejap pulak. Tak lama lagi final exam. Pastu tak cuti sebab ade 3P. Takpela, menimba pengalaman.

So,baru-baru ni pelajar Bengkel 2 telah mengadakan pameran bagi setiap course.  Student FTMK je la. Ni la masa yang ditunggu-tunggu sebenarnya. Sebab,segala hasil dinilai pada hari tersebut. Rasa macam semua beban letak kat situ la. Dalam banyak-banyak course, and of coz la student BITM punya la yang havoc skali. Anda boleh tengok video + kutip cenderahati dari setiapp group. Memang majoriti group akan bagi gula-gula and souvenier yang dibuat sendiri mengikut tema group masing-masing. Tu lah hasil kami selama 14 minggu(kononye).

"Beg Kertas"

"The Deadline"

"Pepsi Twist"

"Manifestasi"

"Jojo The Special Boy"

"Grateful"

"Generasiku"


Sebahagian dari meja-meja group Bengkel 2. Semua berusaha hias lawa-lawa. Baru la dapat tarik tetamu yang datang. Ada dua sesi. Sesi yang pertama adalah tayangan video dari setiap group yang dibuat di Studio FTMK. That was our first time using the studio. Studio baru siap. Macam masuk panggung wayang versi kecik. Sesi kedua pula adalah penilai akan datang setiap meja dan mula menilai setiap kumpulan. Alhamdulillah,semuanya berjalan lancar walaupun agak penat. 

Pada waktu petang pula diadakan majlis penutup pameran Bengkel 2. Semua pelajar berkumpul di Dewan Seminar untuk majlis penutup tersebut. That time was sleeping time!



Ada yang tak tido semalaman sebab buat bengkel. So, masa ni la nak take nap. Dalam majlis penutup, ada jugak penyampaian hadiah untuk Bahan Pameran serta Produk. Tahniah la kepada semua pemenang. Yang tak menang tu, bukan tak bagus. Cuma tak cukup hadiah je. 

My group :)


Tamat sudah "penyeksaan" untuk Bengkel 2. Tapi bermula pulak PSM 1. Baru je habis da kena pikir ape nak kena buat utk PSM 1. Tak sempat nak bernafas dalam2 lagi. Tapi takpe. Ni la akan dibuat time keje nanti.
Tahniah semua sebab berjaya habiskan Bengkel 2 dengan jayanya. :D
Please enjoy our video :)





Sumber gambar : Kamera Julian, kamera handphone Fitri and Shahir :)

Sekian :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...